Monday, October 18, 2010

12 Barisan Manusia Yang Menuju Ke Akhirat

Barisan pertama:

-Di iringi dari kubur dalam keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

"Mereka orang-orang yang menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia mahupun di akhirat".

Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yang sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat-ayat Ku (yang menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:

-Di iringi dari kubur dalam bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.

"mereka orang yang meringan-ringankan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yang memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari seksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahad sehingga berselisih tulang rusuk."

Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua-dua bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa itu.

Barisan ke-3:

-Di iringi dari kubur dengan bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking

"mereka adalah orang yang enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dalma orang yang berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

-Di iringi dari kubur dalam keadaan darah memancut keluar dari mulut

"Mereka adalah antara orang yang suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yang diperoleh datang dari sumber yang halal.

Barisan ke-5:

-Di iringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu. Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.

"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

-Di iringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yang dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

-Di iringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

-Di iringi dari kubur dalam keadaan terbalik, kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi-sunyian antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:

-Di iringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

-Di iringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

-Di iringi dari kubur dalam keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

-Di iringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratul-mustaqim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan."

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Monday, October 11, 2010

Hang Out

Yeah!! dengan tidur tak cukup. Boleh bantai keluar pulak kan dengan rakan-rakan yang baru sahaja kenal pada hari tuu jugak. Haha!! Sebenarnya kawan aku cuma 2 orang jee. Si Rara dan Azli. Then kawan-kawan dia yang lain. Then kita kenal laa each other kn time tuu jugak.

-Rara
-Azli
-Bita
-Ryzal
-Elena
-Dodi
-Rahmi
-Syahir

Ramai jugak laa. Best siot hang out nie. Happening gila. Sumpah dowh. Tak tipu. Masing-masing masuk air kan kan kan?

Mula-mula jumpa kat Pavilion. Pergi makan dulu kat Foodcourt sebab masing-masing lapar. Haha!! Ariel minta maaf sangat-sangat kerana buat korang semua tertunggu-tunggu kerana puncanya Ariel yang lewat sampai. Hehe!! Chill yaww!! After selesai makan, terus gerak pergi Time Square. Rakan-rakan baru Ariel nie ajak main bowling pulak. Huhu!!

Ariel nie tak ada laa pandai mana main pun main bowling nie. Tapi nak buat macam mana. Korang dah ajak. Ariel main jee laa. Best arr. Memang best gila. Masa 1st game, Si Elena nie menang. Ariel No.2 dan yang lain semuanya kalah. Haha!! 2nd game pulak, Si Syahir nie menang. Tapi yang buat aku tak puas hati nya. Point Ariel dan Elena nie memanjang sama jee. Bengang lak Ariel. Ahaks!! Tak apa, Next time kita main bowling lagi. Penentuan tengok siapa juara sebenar. Ariel tak puas hati nie.

Then after dah habis bowling. Rakan-rakan ku nie ajak pulak lepak minum. Tapi tak minum pun. Sebab nak transfer gambar. Sempat lagi laa beborak pasal business masing-masing kan. Tapi yang businessman sebenar nya dua orang jee. Tapi kita semua bincang jugak laa. Nak tahu serba sedikit..

Balik time. masing-masing berpecah. Ada yang balik dengan pengangkutan awam, ada yang drive, ada yang naik motor. Haha!! itu sudah semesti nya Ariel dan Syahir. Jiwa rempit beb!! Huhu!! Macam biasa laa kan. kalau dah perempuan tuu perempuan jugak laa kan. Sedih laa apa laa. Nak balik jee ada yang nangis. Ish!! tak paham aku. Biar laa kan. Perasaan orang lain-lain betul tak. Bila dah berpecah, Boleh hujan lak. Nasib baik laa sempat sampai rumah sebelum hujan lebat turun.

Serba sedikit gambar kenangan ketika kita bersama.

Smile!!

Tengok point tuu betul-betul

Sweet nya

Peace!!

Ariel dan Rara

Pemain Bowling Handalan Dunia

Kenapa Ariel tak ada dalam gambar nie?

The Girls

"Friendship is unnecessary, like philosophy, like art.... It has no survival value; rather it is one of those things that give value to survival."
-C.S. Lewis

Bonda Menunaikan Fardhu Haji

"Whoever performs Hajj for Allah's pleasure and does not have sexual relations with his wife, and does not do evil or sins then he will return (after Hajj free from all sins) as if he were born anew."
-Nabi Muhammad S.A.W


Sibuk malam tuu ketika makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu sepapat ku serta rakan-rakan bonda yang datang dari jauh berkumpul untuk satu malam yang penting di rumah ku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Bonda ku kerana beliau akan pergi menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan fardhu Haji.


Mr. Padek dan Wan Chu

Sepupu ku

Pada malam itu, adik-beradik bonda serta sepupu ku berkumpul untuk memberi tanda penghormatan dan selamat tinggal kepada bonda tercinta. Tahu sahaja laa kalau dah adik-beradik kumpul. Macam-macam cerita yang keluar. Kejap politik, kejap agama, kejap cerita time zaman kanak-kanak dan macam-macam lagi laa. Tak tidur laa malam tuu dibuatnya. Dari pukul 11 p.m sampai pukul 4 a.m duk bercerita jee. Kalau perlahan tak apa laa jugak kan, nie kuat lak tuu. Haish!! Biasa laa, dah ramai kan. Nak buat macam mana. Penuh satu rumah nie. Bergelimpang masing-masing tidur. Huhu!!

Tak lama kemudian, Bonda pun mandi dan bersiap-siap untuk ke Kelana Jaya. Aku dan abangku pun segera laa mandi dan bersiap-siap untuk hantar beliau ke sana. Apabila sudah siap semuanya. Masing-masing bersalaman diantara satu sama lain bersama bondaku. Meminta ampun dan maaf segala-galanya. Habis sahaja tuu, maka azan pun dilaungkan. Niat di hati ini memang ingin mengazankan untuk bonda pada ketika itu tapi Pak Ngah ku sudah menawar dirinya dahulu. Tak boleh nak buat apa-apa. Sedihnya hati ini. :((

Bertolak dari rumah ke Kelana Jaya pada pukul 5 a.m. Sampai sana dalam pukul 5.45 a.m. Tak ikut federal highway. Kita ikut jalan lain. Sampai sahaja di sana, tengok sekeliling ramai gila orang. Seperti biasa laa kan. Menunggu bukan main lama lagi. Nasib baik laa ada bawa sandwich dan mee hun goreng untuk alas perut pagi tuu. 2 jam kemudian, baru laa bonda masuk ke dalam dewan tersebut. Aku dan abangku bersalaman serta peluk bondaku untuk kali terakhir sebelum beliau berlepas ke tanah suci Mekkah. Sebak hati aku ketika itu. Aku tak dapat tahan dan akhirnya air mata ku menitik satu per satu. Aku meminta bondaku berdoa kepada ku serta mengirim jubah serta minyak wangi yang boleh dipakai ketika menunaikan solat.

Akhirnya, Bonda telah melepasi ruang beratur dan terus masuk ke dalam dewan. Sempat aku melambai tanganku kepada beliau sebagai tanda selamat tinggal kepada beliau. Setelah selesai semuanya kira-kira pukul 9 a.m dan sampai dirumah pada 9.50 a.m. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang aku doakan. Harap-harap bonda juga begitu lah apabila berada di sana kelak.


Ketika sedang menunggu

Bonda Tercinta

Ujang, Cik Nasir dan Ikhwam

P/S : Ampun kan dosa Ikhwam dan Ujang Mak!! Ikhwam tahu yang Ikhwam dan Ujang banyak buat salah kat Mak. Ikhwam dan Ujang akan doakan mak supaya mak sihat dan sejahtera ketika berada di tanah suci Mekkah.

Wednesday, October 6, 2010

Big Girl Dont Cry

The smell of your skin lingers on me now
You're probably on your flight back to your home town
I need some shelter of my own protection, baby
To be with myself and center
Clarity, peace, serenity

I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, myself and I
We've got some straightenin' out to do

And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But I've got to get a move on with my life
It's time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry, don't cry, don't cry

The path that I'm walkin', I must go alone
I must take the baby steps 'til I'm full grown, full grown
Fairy tales don't always have a happy ending, do they?
And I foresee the dark ahead if I stay

I hope you know, I hope you know
That this has nothing to with you
It's personal, myself and I
We've got some straightenin' out to do

And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But I've got to get a move on with my life
It's time to be a big girl now
And big girls don't cry

Like the little school mate in the school yard
We'll play jacks and Uno cards
I'll be your best friend and you'll be mine
Valentine

Yes, you can hold my hand if you want to
'Cause I want to hold yours too
We'll be playmates and lovers
And share our secret worlds

But it's time for me to go home
It's getting late, dark outside
I need to be with myself, and center
Clarity, peace, serenity

I hope you know, I hope you know
That this has nothing to do with you
It's personal, myself and I
We've got some straightenin' out to do

And I'm gonna miss you like a child misses their blanket
But I've got to get a move on with my life
It's time to be a big girl now
And big girls don't cry
Don't cry, don't cry, don't cry

-I don't know why I post this lyric on my blog. I don't know why and what wrong this song. Feeling something on this song. I don't know why I love this song. Maybe It so meaningful for me. Haha!! to my friends who know better keep your mouth shut up. Huhu!! Just see the date when I post this blog. The date is so meaningful to me. Sorry that I can't forget this song.

Monday, October 4, 2010

Mike Portnoy has left the building

Michael Stephen 'Mike' Portnoy
1985-2010
25 years with Dream Theater

'To all of our loyal fans and friends: It is with profound sadness -- regret -- we announce that Mike Portnoy, our lifelong drummer and friend, has decided to leave Dream Theater. Mike's stature in the band has meant the world to all of us professionally, musically, and personally over the years. There is no dispute: Mike has been a major force within this band.

While it is true that Mike is choosing to pursue other ventures and challenges, we can assure you that Dream Theater will continue to move forward with the same intensity -- and in the same musical tradition -- that you have all helped make so successful, and which is truly gratifying to us.

Fans and friends: File this episode under "Black Clouds and Silver Linings." As planned, we begin recording our newest album in January 2011, and we'll follow that with a full-on world tour. "The Spirit Carries On."

All of us in Dream Theater wholeheartedly wish Mike the best on his musical journey. We have had a long and meaningful career together. It is our true hope that he finds all he is looking for, and that he achieves the happiness he deserves. He will be missed.'

-Dream Theater Press Release

What the fuck man? How you can do that? You with Dream Theater is already 25 years. How can you do that? You were the founder of Dream Theater and Majesty. You depressed all the band members esspecially John Petrucci.

You with him almost in the same years you with Dream Theater. I don't know how John wanna arrange the rhythm of the music on Dream Theater without you. For surely since Dream Theater in music history, all the arrangement of music and the lyrics of the song mostly from two of you.

How long can Dream theater stand without you? I'm surely said that Dream Theater will rise up without you. It's take time. I know that Dream Theater can find another drummer but is not the same that you were playing. If not, Dream Theater is over. They will split each other and no more progessive rock from them. I will miss it. :((

Come on Dream Theater. Wake up. Do something about it. Bring it on back the DT fans. Don't let DT fans down man. It's really-really fuck up myself. I hate it with his decision. What can I do more? Shit!!

I know that I'm not supposed to do this but I have too because I really like and love this band. I will keep supporting Dream Theater anyway. They can live without him. Build up some new proggesive rock music. Make sure you guys keep working a good song towards without him.

I don't know whether Mike will join Avenged Sevenfold or not but the news I heard he will to. I don't know why he join it. Maybe he doesn't want to play progessive music anymore. He want to try something new. It ok. It your choice. I and DT fans can't do anything with it.

On behalf of DT fans, We surely sad and regret that Mike Portnoy has to leave Dream Theater. And we were sorry to A7X for some rude that DT fans towards on you. Thanks for the music that you have made to Dream Theater through all the years Mike.

"Move on be brave, Don't weep at my grave, because I am no longer here but please never let your memory of me disappear"
-The Spirit Carries On

Fana and Mye Openhouse

Boom!! sampai-sampai je rumah Mye. Aku nak masuk laa. Ape nya, Rupa-rupanya ada doa selamat. Siot betul budak Mye nie. Kencing aku, kata semalam just openhouse je, tak ada buat apa-apa pun. Aku pun tunggu jee laa kat depan rumah dia. Tengok macam lambat lagi jee. Aku pun solat Zuhur dulu laa kat surau depan rumah dia. Lepas solat terus ke rumah Mye. Masuk mula-mula mesti lah salam tetamu-tetamu yang lain yang hadir ketika itu lalu aku terus ke dapur. Tak manis laa kalau datang untuk makan dan minum jee. Mesti laa kena tolong sikit-sikit kan. Aku pun tolong laa kerana memandangkan ketika itu mereka kekurangan ahli di dapur. Tapi yang best nya kat dapur nie bila buat Cocktails. Kalau buat Cocktails, aku laa orang yang pertama yang merasai sebelum cocktails itu dibawa keluar untuk dijamu oleh para tetamu. Ramai tetamu yang hadir terdiri nya daripada kawan-kawan papa dan mama, kawan-kawan Fana dan Mye.

Haha!! baru lah bermula kisah aku di rumah mereka nie. Aku yang berbaju melayu serba putih lengkap cuma tak ada songkok sahaja. Kalau ada memang terbaik. Ahaks!! Diaorang semua cakap aku nie macam baru lepas akad nikah. Hahaha!! Tahu laa aku dah tak ada siapa-siapa lagi kan? Jangan laa macam tuu. Hehe!! Tak laa. Aku okay jee. Benda happy kan? Chill laa.

Masing-masing ada pasangan masing-masing. Wahh!! Jealous aku dibuatnya tapi nak buat macam mana. Last 2 years memang ada but now I'm single babeh!! huhu!! Yeah!! The world is mine. Masa tetamu sedang menikmati juadah yang disediakan. Aku lepak kat dapur dengan ahli-ahli dapur. Diaorang nak snap gambar laa apa laa, macam-macam diaorang nie. Aku ikut jee laa. Then, lepak kat depan rumah pulak. Pun sama, snap gambar lagi. hehe!! Raja sehari laa katakan. Tapi isteri tak ada. haha!! ngok betul.

Ada ke patut diaorang cakap aku dah kurus. Aku rasa tak kot. Tak kurus pun laa korang. Biasa jee aku tengok diri aku nie. Maybe dah lama tak jumpa kot, tuu yang rasa lain jee kan. Mereka berkata perubahan keatas diriku amat ketara apabila mereka melihat rambut ku yang panjang serta berjambang. Seolah-olah tidak seperti budak yang berumur 18 tahun. Dah macam orang yang berumur 25 tahun ke atas.

Apabila senja tiba, kita orang pun kemas-kemas laa untuk meringankan beban tuan rumah. Ada yang basuh periuk kuali. Ada yang tukang lap. Ada yang tukang sapu. Ada yang tukang angkat lauk dan banyak lagi laa. Bukan selalu dapat bersama macam nie betul tak? Dah siap kemas semuanya lalu rehat di ruang tamu sambil berborak-borak bersama papa,mama dan rakan-rakan yang lain. Tengah borak-borak nie, Teh Panas pulak sampai. Pehh!! layan siot. Then, tak berapa lama kemudian aku pun pulang ke rumah ku.

Serba sedikit gambar yang sempat diambil ketika majlis itu.

Akad Nikah Ariel

Family Potrait

1,2,3 Smile!!


Terima Kasih Korang Berdua

Family Potrait
Rosdi (menantu), Fana (Anak Sulung), Ariel (Papa a.k.a Duda anak tiga), Aiman (Anak Bongsu), Mye (Anak Kedua), Hafizul (menantu)

P/S : Aku ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, bergurau kasar dengan korang semua. Maafkan lah insan yang tak berapa hina ini. Sesungguhnya Rasullullah juga ampun umatnya. Inikan pula kita sesama manusia. lastly, Love u all because still remember as your friend.

Sunday, October 3, 2010

Majlis Kesyukuran dan doa Selamat

Wahh!! Letih siot. Dengan Tidur lambat pastu bangun awal. Pehh!! Nak kena tolong kemas rumah untuk persiapan majlis ketika malam menjelma kelak. Aku pun memaksa diri ku untuk mengemas rumah kerana jika ingin mengharapkan bonda tersayang sudah tentu beliau sudah tidak larat lagi melakukannya seorang diri dengan usianya yang semakin lanjut. Nak buat macam mana, dah tiada anak perempuan dalam rumah ini. Aku sahaja laa yang dia harapkan. Sedih. :((

Setelah selesai kemas rumah semuanya lalu taukeh khemah pun sampai. Tolong laa serba sedikit bagi meringankan beban mereka. Taukeh khemah ini pun kawan aku jugak. Tak manis laa kalau kita cuma tengok sahaja tanpa menolong mereka. Apabila selesai pasang khemah, waktu telah menunjukkan jam 12.30 tengahari. Aku pun mandi dan siap untuk mengerjakan solat Jumaat.

Lepas solat Jumaat boleh pulak hujan lebat gila. Aduyai!! nasib baik lah dah hujan ketika itu. Jangan lah hujan pada malam nanti. Kalau tak, Rosak laa majlis aku nanti. Ketika malam menjelma, aku pun bergegas menunaikan solat Maghrib lewat sedikit kerana aku pergi mengambil kawan-kawan sepupu ku yang belajar di KPTM. Sempat lah jugak aku berkenalan dengan diaorang semua. Bukan apa, ini majlis keluarga aku, tak manis jika aku berdiam diri dengan mereka semua. Lalu, aku terus ke surau untuk menjemput jemaah surau bertandang ke rumah ku untuk majlis ini. Aku ingat kan tak ramai. Rupa-rupanya ramai gila. Penuh satu rumah aku serta khemah dihadapan rumah aku tu. Apabila selesai doa selamat diadakan lalu tiba giliran untuk makan pula. Lauk semuanya memang terbaik.

-Daging Salai Masak Lemak
-Sambal Udang Petai
-Ayam Masak Kicap
-Sayur Campur
-Ulam dan Sambal Belacan

Banyak gila kan? tapi bayangkan laa. Lauk semuanya tu habis. Ramai tak ramai yang datang. Bonda masak untuk 300 orang punya makan. Nasib baik laa lauk semua cukup untuk tetamu yang hadir.

Apabila selesai majlis itu. Tiba acara penutup. Acara penutup ni agak berat dan meletihkan jugak. Huhu!! apa lagi, kemas laa weyh!! nak kena sapu lantai, mop lantai dan letak balik barang-barang yang telah dialihkan. Memang meletihkan. Akhirnya, semuanya telah siap dikemas. Alhamdullillah syukur, majlis ini telah selesai dengan lancarnya.

Majlis ini diadakan sempena meraikan bonda tercinta yang bakal mengerjakan Haji tidak lama lagi dan tanda bersyukur dari keluarga aku kerana aku diterima masuk belajar pada bulan November kelak.

Akhir sekali, Saya mewakili keluarga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada adik-beradik bonda saya, Sepupu-sepupu saya, jiran-jiran saya, rakan-rakan bonda saya, jemaah surau serta rakan-rakan saya yang hadir pada majlis itu. Rakan baik ku hanya seorang sahaja yang dapat hadir iaitu Amir Zakwan. Dia mewakili rakan-rakan baikku yang lain kerana mereka semua sedang perah otak untuk peperiksaan yang akan datang. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. :))

"Family mean too much. Friends are too valuable, and life is too short. To put off sharing with people, How much they really mean to you and pursuing whatever it is that make you happy"
-D.H Lawrence