Thursday, October 28, 2010

For The Rest of My Life

Maher Zain - For the rest of my life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
-When I heard this song. It's open my heart back to love someone that I love. I know that Allah know what my heart it is. What done is done. I know if I don't have anyone else. Allah is right by myside. Allah is always hearing what we said and what is in your heart. I wanna start a new life and a new journey. Thanks very much man. Singing while preaching.

Seniman Menangis

Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka

Ku berikan majlis bergembira
Ku tertawa, minum dan berdansa
Hingga diri yang sedang berduka
Tak percaya

Aku tersenyum ku tersenyum
Dan berdansa
Ku berdansa ku berdansa
Bagai nak gila
Ku ikut tertawa bersama
Kawan dinda
Tapi engkau tahu ku hanya berpura

Tapi dinda
Bila kawan ku pulang
Seniman ini duduk keseorangan
Hampa hiba mengenangkan dirimu
Oh dinda

Tapi dinda
Apabila tabir ditutup oh
Lampu-lampu gelap-gelita
Ku keseorangan

Kalau kau berada
dibelakang tabir menyaksikan
Kau akan melihat
Seniman ini Menangis

Tuesday, October 26, 2010

Betulkah Perokok Juga Ada Hak?

Yaa!! Hak untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok. Dengan membayar RM0.50 untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan

-RM0.24 untuk cukai hasil tembakau
-RM0.14 untuk keuntungan pengilang rokok
-RM0.05 untuk peruncit
-RM0.01 untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
RM0.01 untuk dinikmati penanam/pengawet tembakau

Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah RM0.05

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri anda dengan

-20 kali lebih risiko kanser paru-paru
-10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
-10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
-4 kali lebih ancaman penyakit jantung
-2 kali lebih risiko serangan strok
-50% risiko kematian akibat tabiat merokok

Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi diri anda.

Berhenti sebelum terlambat.



Katakan TAK NAK kepada Rokok!!

Sunday, October 24, 2010

Apa Masalah Awak Sebenarnya?

Ariel tak faham laa. Memang betul-betul tak faham. Kenapa dengan awak sebenarnya? kenapa huh? Apa Ariel buat sampai awak jadi macam nie huh? Tolong laa. Awak dengan Ariel cuma kawan. Tak lebih dari tuu.

Yeaa., Ariel mengaku yang Ariel masih sayangkan awak tapi awak tak boleh nak paksa Ariel untuk cintakan awak. Faham? Ariel tak boleh nak cintakan awak. Ariel tak tahu kenapa Ariel tak boleh nak cintakan awak.

Awak nak marah-marah Ariel nie apehal? Apa salah Ariel huh? sebab Ariel tak boleh nak cintakan awak? Ariel dah buat keputusan dulu dan awak terima keputusan saya itu dan sekarang kita sudah menjadi kawan baik. Tapi sebaliknya lain yang jadi. Ariel kenal awak dengan sifat lemah lembut, baik serta penyayang. Tapi bila benda ini berlaku. Awak berubah secara tiba-tiba. Nak marah-marah Ariel tak tentu pasal. Tuduh Ariel macam-macam.

Da laa. Kalau macam nie laa perangai awak. Tak payah laa. Lupakan sahaja. Ariel tak message awak ke apa ke itu hak Ariel ok. Lagi satu, lagi pun awak dah nak final, perlu ke Ariel message huh? bukan sebab Ariel ada orang lain ke tak. Kalau Ariel ada orang lain sekali pun, Apa awak nak buat? Santau Ariel?

Ingat sikit. Kita sekarang kawan baik. Tak macam dulu. Ariel tahu memang awak suka, sayang dan cinta dekat Ariel. tapi Ariel nak buat macam mana? Ariel tak boleh. Ariel lebih rela tengok awak dengan orang lain daripada Ariel. Itu lebih bermakna bagi Ariel. Awak baik, penyayang serta lemah lembut. Awak tak layak dapat Ariel yang 'BRUTAL' nie.

Terima kasih Ariel ucapkan kerana menjadi teman Ariel. Awak nak cakap pape pun tentang Ariel. Awak cakap laa. Awak nak aibkan Ariel pun tak apa lah. Ariel tak kisah. Akhir sekali, Ariel happy bila bersama dengan awak. Arigato!!

Friday, October 22, 2010

Disaat aku DiTalkinkan

-Sebak dada bila aku membacanya, sama-sama kita renungkan semoga memberi keinsafan kepada diri kita sendiri.

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.

Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang.. mengucap.. Asyhadualailahaillallah.." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, Manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara
abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat",jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.. Tapi mataku... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang.Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja. dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.. aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. "Yassin..... .". Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??? Aku takut!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu, aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak di pedulikan. Apa mereka
semua sudah pekak? Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan
rintihan "Panas, dahaga, haus, panas. .......". Tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek. ......... .". "Kau dahaga cu, kau lapar, cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu.......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi......" . Ayah.......kau datang ayah......." . "Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani. Itulah agama
yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu. ....ayah. .....suara kaukah tadi?? Kenapa kau berubah laku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailaha illallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya" Mari ikut kami". cahaya putih datang. datang hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?. Akulah sakaratul maut.......!!". Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah....". Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.

Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya. .....".

"Assalamualaikum. .....". "Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku". "Kau siapa wahai pemuda???".
Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan
mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya. jijik, loya, aku rasa. teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?". "Tidak" jawabku tegas. "Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji.....".

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku
bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini??

"Tolong....sejuk!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu. ....malu. .....!!!! !!". Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong
rimas....panas. .......". Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.

Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah! "Keengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?".. Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!" . Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan" ,aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini!! Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah
menutupiku.

"Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".
"Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.... ...Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam." Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar... .". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin , makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap! !! Panas!! Tolong!!!


-SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK. DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT.

Tuesday, October 19, 2010

MockGuGrapherz

Package Photography untuk Perkahwinan

Business Card


Serba Sedikit Gambar Perkahwinan.


Pose

Make-Up


Artistic


Outdoor

Artistic

Monday, October 18, 2010

Baca lah Surah Yassin

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaiannya.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodohnya.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takutnya.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali."

12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik."