Friday, February 4, 2011

Puteri

Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey
Puteri

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohhh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku...
mengertilah oh kekasihku...

Kekasihku... kembalilah...

Zainal Abidin - Puteri
Lagu yang sedap didengar dan lirik yang sungguh mendalam. Saya suka akan lagu ini. 

Thursday, February 3, 2011

Cecah Dahi di Sejadah

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekalian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Bawalah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahkta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Aku Malas Sembahyang.

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.


Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang? !!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Monday, January 31, 2011

Kita Sebenarnya

Kita sebenarnya...Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
Kita sebenarnya...Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.
Kita sebenarnya...Lebih membesarkan hari Sabtudan Ahad daripada hari Jummat.
Kita sebenarnya...Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
Kita sebenarnya...Lebih suka lepak,tidur,tengok TV daripada Sembahyang.
Kita sebenarnya...Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.
Kita sebenarnya...Lebih suka menyebut Hello!..Hai! daripada Assalamualaikum.
Kita sebenarnya...Lebih suka menyanyi daripada berwirid,bertahmid.
Kita sebenarnya...Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
Kita sebenarnya...Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.
Kita sebenarnya...Lebih suka ke konsert,karaoke daripada ceramah agama.
Kita sebenarnya...Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.
Kita sebenarnya...Lebih suka mencarut apabila kita melatah daripada menyebut nama Allah.
Kita sebenarnya...Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.
Kita sebenarnya...Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita.
Kita sebenarnya...Lebih suka bersekokong dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.
Kita sebenarnya...Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.

Tetapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab... Kita sebearnya...Lebih suka menuju ke syurga daripada ke neraka. Layakkah kita ke syurga milik Allah itu??? Sama-samalah kita renungkan kerana... "YANG ELOK ADALAH DARI ALLAH S.W.T. DAN TAK ELOK ADALAH HASIL DARI PERBUATAN DIRI SENDIRI".

Friday, January 28, 2011

Jangan, Jangan dan Jangan

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)

Sunday, January 23, 2011

apabila Al-Quran mula bersuara

Waktu engkau masih kanak-kanak.
kau laksana kawan sejatiku.
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang.
Aku,kau junjung dan kau pelajari.
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari.
Setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa.
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku.
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah.
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu.
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan.
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa.
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu, pagi-pagi, surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.

Sekarang, seawal pagi sambil minum kopi.
engkau baca surat khabar dahulu.
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia.
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah-surahku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi.
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu.
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu yang mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu.
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu.
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku.

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen.
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk.
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah.
Waktupun cepat berlalu.
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu.
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali.
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu.
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku.
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu.
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu.
Setiap saat berlalu.
Dan akhirnya.
kubur yang setia menunggu mu.
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu.

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati.
Di kuburmu nanti.
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri.
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu.
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.
bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla.
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah.
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali.

Baca dan pelajari lagi Aku.
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat.
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil.
Di surau kecil kampungmu yang damai.
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri.
Dalam bisu dan sepi.

Sinaran Ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.""