Wednesday, November 24, 2010

Selamat Pulang Bonda

Pada pagi 23-Nov-2010, pukul 4 a.m. Aku telah mendapat satu mesej dari satu nombor yang agak panjang. Rupanya nombor dari Arab Saudi. Bonda tercinta telah menghantar mesej menyatakan bahawa beliau akan tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tepat pukul 12 p.m dan bukan pukul 7 a.m seperti yang dinyatakan dalam surat tempoh hari.

Aku pun memberitahu abang aku dan dia pun telah mendapat mesej tersebut dari bonda tercinta. Aku pun tidur seperti biasa. Aku bangun pukul 9.30 a.m dan terus mandi serta siap untuk pergi ke KLIA untuk menunggu ketibaan bonda.

Tepat pada pukul 2 p.m. Bayang-bayang bonda telah aku nampak lalu aku terus memanggilnya 'EMAK!!! EMAK!!!' Bonda tercinta telah nampak aku yang sedang memanggilnya. Bonda lalu menolak bagasinya ke arah aku. Apabila sampai sahaja bonda dihadapan aku. Aku terus memeluk serta ciuman kasih sayang ku terhadapnya setelah 15 hari meninggalkan aku dan abang ku bersendirian di rumah. Lalu, aku menitiskan air mata ku satu per satu kerana aku tidak dapat lagi menahan sebak dan rindu ku kepada bonda tercinta.

Alhamdullillah, Bonda bercerita yang beliau sihat ketika berada di Tanah Suci cuma batuk dan selsema akibat perubahan cuaca. Semuanya berjalan dengan lancar ketika beliau disana. Aku bersyukur kerana bonda selamat pergi dan selamat tiba kembali di Malaysia. Semasa perjalanan pulang ke rumah, bonda menceritakan suasana ketika beliau berada di sana. Bonda jumpa semua orang baik hitam, putih mahu pun coklat. Bonda melihat pelbagai ragam manusia ketika berada di sana. Ada yang baik dan ada yang buruk.

Apa yang aku kirimkan sebelum bonda berlepas ke Tanah Suci akhirnya tercapai. Bonda telah pun membelikan aku sepasang jubah. Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam. Abang ku juga mendapat sepasang jubah sama seperti aku. Aku teramat gembira sehingga tak terkata.

Alhamdullillah Syukur kepada Allah.

Sedikit gambar kenangan ketika bonda berada di Tanah Suci Mekah.

 Bonda dihadapan Kaabah.

 Ketika berwukuf di Arafah.

Bonda di Gua Hira. 

Shahril Ikhwam, Bonda, Shahrul Shairadzi

Ya Allah Ya Tuhan ku, Izinkan lah hamba mu ini menunaikan Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji. Insyaallah.

Monday, November 22, 2010

Sayangilah insan yang bergelar Ibu

Ketika berusia 1 tahun, Ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.

Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain. kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.

Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang. kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.

Ketika usia 4 tahun , ibu membelikan sekotak pensil warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.

Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek ke dalam lopak kotor.

Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit "Tak nak! Taknak!"

Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan tingkap jiran.

Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.

Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah. kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.

Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita kemana sahaja. kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.

Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah. kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.

Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat. kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.

Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.

Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman. kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.

Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.

Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama. kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.

Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa, kita kata. "Itu bukan urusan ibu".

Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya. kita kata "saya tidak mahu jadi seperti ibu".

Ketika berusia 22 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu, kita mengata "perabot pilihan ibu aku tidak cantik, tidak berkenan aku!"

Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai perancangan masa depan, kita menjeling dan merungut. "ibu, tooooolongglah."

Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menangung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memeberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.

Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberikan nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi. kita dengan megah berkata, "itu dulu, sekarang zaman moden.".

Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri kendara di kampung. kita berkata "kami sibuk, tak ada masa nak datang"

Apabila usia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita bahawa ibu meninggal. Khabar itu bagaikan petir!! dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu.

Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah tiada, ingatilah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung. Syurga ditelapak kaki ibu.

"sesungguhnya hidupku, matiku, amalanku, ibadahku adalah semata-mata kerana Allah S.W.T"
-Doa Iftitah

Bertudung

Di awal 90-an, bilangan orang yang bertudung semakin ramai. Di mana-mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen serta radio pun sudah memakai tudung. Alhamdulillah tetapi.......

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan kita temui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, di panggung wayang serta berpegangan tangan dengan teman lelaki. Kalau dahulunya wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat solek, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.

Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang wanita yang memakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam hendak terlondeh pun ada kita tengok. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka auratnya.

Sesetengahnya daripadanya yang bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan atau mendengar perintah ibu bapanya. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya.

Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan yang untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnungkan mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar lagi. Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung? Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka. Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini semakin menurun.

Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginannya untuk menutup aurat, mereka tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di akhirat nanti, niat sebenar dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan didedahkan oleh Allah di Padang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.

Rasulullah S.A.W pernah ditanya oleh seorang sahabatnya.
Sahabat : Ya Rasulullah, Dengan apakah mencapai keselamatan kelak?
Rasulullah S.A.W : Jangan menipu Allah.
Sahabat : Bagaimana menipu Allah?
Rasulullah S.A.W : Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah.

Disamping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yg berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki untuk memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup auratnya. Malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman. Sementara yang mengamalkan syariat kerana pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya.

Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu, menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana lain. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kita dan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata. Sekian

Friday, November 19, 2010

Bola Sepak Wanita

Hurm. Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita ini.

Aku tengah tengok TV, sekarang ini kan musim Sukan Asia di Ghuangzhou. Aku pun tengok laa. Tukar tukar channel. Tengok ada siaran langsung bola sepak wanita.

Aku tengok macam seronok sahaja. Aku pun tengok laa. Sampai habis kot aku tengok. Perlawanan diantara Vietnam dan Jordan. Haha!! nak kata kelakar pun boleh. Aku bukan nak mengata laa kan. Tapi aku lihat mereka main bagus jugak laa.

Yang paling seronok nya, Ada sesetengah pemain Jordan ini siap pakai tudung tuu. Pehh!! Terbaik!! Muslimah main bola beb. Penjaga gol lagi tuu. Bila dia cuba selamatkan bola dari pihak lawan. Tudung dia lari sedikit. Camera siap zoom dan focus dekat dia yang sedang betulkan tudung di tengah-tengah padang. Walau bagaimana pun, Jordan kalah di tangan Vietnam.

Bagus sebenarnya mereka semua ini. Siapa kata muslimah tak boleh main apa yang muslimat main. Kalau kena pada caranya. Insyaallah boleh. Tak kira di darat, udara mahupun air.

Keep it up Muslimah. Show to the world that Muslim is the ways.

Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Aidil'Adha

masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil'Adha kepada semua yang mengenali diri ini. Minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Minta halal kan lah makan minum insan yang tidak seberapa ini.

Biarlah aku bercerita satu per satu.

Malam Raya.
Aku gerak dari rumah pukul 8.30 p.m. Keluar awal sebab hendak mengantar rakan sepejabat abang aku ke Nilai. Kami mencari laluan alternatif untuk mengelak daripada kesesakan lalu lintas. Biasa lah, Malam Raya kan. Semua jalan sesak. Kami mengikut Maju Expressway atau lebih dikenali sebagai MEX Highway untuk ke Nilai. Ketika lalu di lebuhraya tersebut, aku ternampak sekumpulan orang yang sedang mengayuh basikal. Memang seronok tengok mereka sebab aku pun main basikal jugak. Tapi bukan macam budak-budak sekarang lah yang main 'FIXIE'. Aku main 'road bike' dan 'mountain bike'.

Sambung balik cerita aku tadi. Sampai sahaja di Nilai dah pukul 9.45 p.m. Lepas hantar rakan abang ku itu, aku terus pulang ke kampung. Mula-mulanya ingat mesti jalan tak sesak punya. Hurm. Akhirnya, lepas simpang empat lebuhraya LEKAS itu, Pehh!! Kesesakan lalu lintas yang melampaui batas. Selama beberapa jam aku berada di dalam kesesakan tersebut. Bayangkan lah. Sampai dekat jalan baru Bukit Putus itu pukul 10.45 p.m. Sampai kampung pukul 1 a.m. Gila kan? Siap tukar pemandu lagi dengan abang aku ini. Sampai sahaja di kampung. Tak ada cerita banyak. Terus makan dan tidur sebab keletihan yang teramat sangat.

Hari Raya.
Seperti Hari Raya yang biasa kita sambut, semua orang bangun awal. Makcik ku siapkan sarapan pagi untuk anak-anak buahnya yang ramai tetapi sarapan pagi nya ialah Nasi Himpit Kuah Kacang serta Lemang dan Rendang. Biasa lah. Dah nama pun Hari Raya, tak kan nak makan Nasi Lemak pulak. Selepas aku bangun, aku terus pergi mandi dan bersiap-siap untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat Aidil'Adha.

Sepupuku

Sarapan Pagi

Selepas menunaikan solat tersebut, aku melalui hari-hari biasa seperti aku pulang ke kampung sekadar menjenguk sahaja. Seperti kebiasaan ketika pulang ke kampung. Memang tak sah kalau tak main bola di halaman kampung ku ini. Sempat aku merakam ketika sepupu-sepupu ku ini bermain bola.

Kebosanan Melanda Diri

Amy dan Iman
Abang Menunjukkan Bakatnya
Perebutan Bola Diantara Satu Sama Lain

Bola Mana?
Setelah puas bermain bola. Aku pun berehat seketika sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Tepat pada pukul 6 p.m. Aku pun segera lah bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Aku tetap kena menempuh kesesakan lalu lintas tapi Alhamdullillah lalu lintas itu tidak memakan masa yang lama. Alhamdullillah. Perjalanan ku dirahmati dan selamat. Aku sampai sahaja di rumah pada pukul 8.30 p.m.

Akhir Sekali,

Buchuk Masham

Majlis Anugerah Cemerlang

Haha!! Seperti biasa. Aku kembali dengan kisah ku yang menarik kali ini. Pada 16-November yang lepas ialah majlis anugerah cemerlang sepupuku yang bernama Sharifah Ain Arrisya kerana dia telah mendapat anugerah cemerlang melalui peperiksaan UPSR tahun ini. Dia telah mendapat 4'A' 1'B' dalam peperiksaan tersebut.

Aku telah diberitahu oleh MakCik ku sebelum ini untuk mengambil gambar anaknya ketika menerima anugerah tersebut. Malam sebelum berlangsungnya anugerah itu, aku tersengaja tidur lewat. Haha!! Pukul 5.45 a.m baru aku tertidur dan kebetulannya aku teringat akan majlis tersebut. Oh!! masak aku ni. Dah laa tidur lewat, lepas itu nak bangun pagi lagi. Tapi Alhamdullillah, aku berjaya bangun dan tidak terlewat untuk ke sana.

Apabila sampai sahaja disana. Aku sungguh gembira melihat adik-adik kecil yang masih bersekolah bertempiaran ke sana ke mari. Ini membuatkan aku teringat pada zaman persekolahan aku. Hilang rasa letih aku ketika melihat mereka bermain sesama sendiri. Ketika menunggu sebelum majlis bermula, aku terserempak dengan guru ku yang mengajar aku ketika aku dibangku sekolah rendah. Ia lagi menguatkan ingatan aku ketika zaman persekolahan. Guru ku itu ialah Cikgu Suhaila dan Cikgu Kanaka.

Ketika Mereka Beratur

SK Seri Tasik

Aku pun menyapa guru ku itu. Pada mulanya mereka tidak mengenali diri ku ini. Setelah aku memperkenalkan diri ku ini, baru lah guru ku itu ingat semuanya. Cikgu Suhaila ini ingat kerana aku adalah pemain Bola Baling dibawah kendalian beliau. Yang membuat dia lebih ingat kerana aku adalah penjaga gol utama yang telah menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan ketika perlawanan akhir peringkat zon Bangsar yang telah melonjakkan nama sekolah aku sebagai juara pada suatu ketika dahulu.

Cikgu Suhaila ini baik orangnya. Walaupun dia banyak memarahi kami sepasukan kerana main macam apa entah. Kami mengambil kata-kata beliau bagi menaikkan semangat kami sepasukan pada ketika itu dan Alhamdulillah, sekolah aku berjaya menjulang piala itu buat kali pertamanya.

Cikgu Suhaila

Cikgu Kanaka pula ialah cikgu bahasa Inggeris aku tapi dia mengajar kelas aku tidak begitu lama kerana dia menyambung pelajaran di Canada. Walaupun sekejap dia mengajar aku, aku masih tidak lupa akan dia kerana dia lah yang telah memilih aku untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber atau lebih dikenali sebagai Pustakawan. Aku cukup berbangga serta gembira pada masa itu. Dengan berkat doa guru-guru di sekolah rendah masa itu, aku berjaya memperolehi keputusan agak baik pada peperiksaan UPSR.

Walaupun setelah sekian lama aku meninggalkan zaman persekolahan. Tidak pernah sekali pun aku melupakan akan jasa guru-guru ku terhadap aku. Baik Melayu, Cina mahu pun India. Mereka telah menabur budi kepada aku. Mereka telah mendidik ramai anak bangsa kita yang telah berjaya di luar sana.

Ingatlah rakan-rakan ku, walaupun sejauh mana kita tinggal, Walaupun setinggi mana kita belajar, tanpa mereka, siapalah kita. Sematkan nama guru-guru yang telah mendidik kita didalam doa agar mereka dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Akhir sekali, Terima Kasih guru-guru ku. Jasa mu tidak dapat ku balas.

Gambar Kenangan.

Arrisya Dengan Sijilnya

Keluarga Sharifah

Tuesday, November 16, 2010

EMAK

Bila dahaga, yang susukan aku.... MAK!!
Bila lapar, yang suapkan aku.... MAK!!
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.... MAK!!
Bila bangun tidur, aku cari.... MAK!!
Bila nangis, orang pertama yang datang.... MAK!!
Bila nak bermanja, aku dekati.... MAK!!

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... MAK!!
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... MAK!!
Bila nakal, yang memarahi aku.... MAK!!
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... MAK!!
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... MAK!!
Bila takut, yang tenangkan aku.... MAK!!

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... MAK!!
Bila sedih, aku mesti talipon.... MAK!!
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... MAK!!
Bila bengang.. aku suka luah pada.. MAK!!
Bila takut, aku selalu panggil... "MMAAAKK!"
Bila sakit, orang paling risau adalah.... MAK!!
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... MAK!!
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... MAK!!
Bila ada masalah, yang paling risau.... MAK!!

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.... MAK!!
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... MAK!!
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... MAK!!
Yang selalu berleter kat aku... MAK!!
Yang selalu puji aku.... MAK!!
Yang selalu nasihat aku.... MAK!!
Yang selalu aku rindukan.... MAK!!

Aku selalu teringatkan.... EMAK!!