Thursday, September 9, 2010

Buka Puasa Bersama Rakan-Rakan

Tadi aku pergi berbuka puasa bersama rakan-rakan sekolah aku di HR Restaurant. Restoran Western kat Kg.Baru. Methodist Boys School badge 2009. Hanya 6 orang sahaja termasuk aku. Nama mereka ialah;

Amir Zakwan
Muhd. Adam
Muhd. Bakri
Muhd. Izwan
Shahrul Izwan
Shahril Ikhwam

Kita orang sampai around 6.15 petang. Nak kata awal pun tak awal lambat pun tak lambat. Aku datang lambat sedikit sebab aku pergi ambik Adam jap kat Burger's King kat Masjid Jamek sebab sebelum tuu dia pergi keluar dengan Diana (Didie) agaknya dia malas balik rumah tuu sebab dia suwo aku ambik dia dan terus pergi restoran tuu.

Bila aku dengan adam daa sampai. Pap!! Pap!! Pehh!! 125ZR bernombor plat WTX 4625. Nak tahu siapa punya. Bakri punya. Pehh!! siot laa tapi memang motor tu dia idam-idam dari dulu time sekolah lagi. Si bakri ni sekarang belajar kat Maktab Perguruan Ilmu Khas. Kat Bandar Tun Razak. Dia ambik TESL. 5 tahun street Degree. Ok laa tuu bak kan? Semoga Berjaya.

Yang tumpang dengan Bakri ialah Shahrul. Dia sekarang kerja. Sambung Belajar sama dengan aku nanti. Bulan 11 masuk. Dia masuk Poli Melaka. Dia ambik Akaun. Dia dah apply UITM. Aku pun sama. Tapi intake Disember.

Si Izwan nie pulak bukan semart lagi pakai dengan kemeja apa semua. Haish!! Baru dapat kekasih kan. Mesti laa semart-semart betul tak jambu? haha!! chill babeh!! Si Amir nie tumpang Izwan. Dia sentiasa dengan gaya dia laa. Machoman!! Si Adam nie tumpang aku. Dia biasa jee. Tapi aku dengan dia hanya sama apabila disebut kan tentang lagu yang bergenre kan Berat Besi, Batu, Mati Besi dan macam-macam lagi laa.

Kemudian terdengar orang azan menandakan telah masuk waktu berbuka puasa. Apa lagi? melantak laa tapi sebelum tuu makan kurma dulu. Sunnah Rasullullah S.A.W. Pehh!! masing-masing tak nak mengalah makan. Susah aku nak tulis nama makanan masing-masing. Tak ingat dan susah nak ingat. Nama orang putih kot makanan kat sana. Haish!! Tapi yang aku tahu Si Izwan nie makan 2 kali. Entah laa aku. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Nak kata makan tak boleh. Nak kata melantak pun tak boleh. haha!! tak pe beb!! kita orang tak kisah pun ko nak makan berapa banyak. Ko bayar jugak kan kan kan? ahaks!! So, Afiqah. Pandai-pandai laa jaga kawan aku seorang lagi ni ekh?

Lepas makan semua. Tiba lah masa untuk Solat Maghrib. Haa!! ni satu lagi aku nak tegur si Izwan nie. Cik abang oii, Lain kali baca kuat sikit. Susah Makmum nak mengAMINkan Al-Fatihah tuu. ada faham? jangan laa terasa yea jambu. Aku nasihat jee. Supaya benda nie tak berulang lagi. ahaha!!

Then, Kita orang pun berborak laa. Kita orang cerita pasal time sekolah dulu then cerita pasal tempat belajar masing-masing. Kita orang memang having fun gila-gila laa time tuu. Pap!! Pap!! masa daa tak mengizinkan lagi. Kita orang pun terpaksa beransur pulang ke rumah masing-masing. Sebelum beransur tuu kita orang pergi ke Kedai Amir kerana amir ingin memberi makanan iaitu Bubur Lambuk Kg.Baru. haha!! aku rasa sama jee macam bubur lambuk Mak aku buat. Hehe!!

Hanya ada segelintir gambar yang sempat kami rakamkan. sila lihat dibawah.










"We are all travellers in the wilderness of this world, and the best we can find in our travels is an honest friend”
-Robert Louis Stevenson

P/S : Thanks to you all for being my friend.

0 comments:

Post a Comment