Dari Syaqiq al Balkhi berkata : " Adalah Ibrahim bin Adham ( semoga Allah merahmatinya ), berjalan di pasar Basrah, maka dia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :" Ya Abu Ishaq, Allah Ta'ala telah berfirman di dalam kitab suci-Nya :
" Mintalah olehmu sekalian kepada-Ku nescaya Aku kabulkan."
Dan kami telah satu tahun berdoa dan belum dikabulkan!. Kata Ibrahim bin Adham ( Abu Ishaq ) : " Wahai penduduk Basrah, hatimu sekelian telah tertutup oleh 10 perkara, bagaimana doa kamu dapat dikabulkan?"
Kamu sekalian telah mengetahui Allah Ta'ala akan tetapi belum kamu tunaikan hak-hak-Nya.
Kamu sekelian telah membaca al-Quran, tetapi kamu belum melaksanakan isinya.
Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh, akan tetapi kamu masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
Kamu sekelian mengatakan bahawa kamu termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w, akan tetapi kamu tidak mengerjakan sunnahnya.
Kamu menyatakan diri akan masuk syurga, akan tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa yang akan membawamu ke syurga.
Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka, akan tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
Kamu telah menyatakan bahawa mati itu adalah yang pasti, akan tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati.
Kamu sekelian sibuk untuk meneliti aib atau cacat orang lain, tetapi kamu tidak bercermin melihat aibmu sendiri.
Kamu sekelian telah makan dan merasa nikmat Tuhanmu, akan tetapi kamu belum mahu bersyukur kepada-Nya.
Kamu sekelian telah menguburkan mayat-mayat rakanmu, akan tetapi tidak mengambil pelajaran dari mereka.
2 comments:
Setakat ni aku baca post ko sume yg membawa manfaat..
bagus2, ada kemajuan dan keinsafan dlm diri..
lepas ni aku balik aku nk tgk perubahan tu..hahahahahahahah ;)
haha!! alhamdullillah!! insyaallah. takbir!!
Post a Comment