Manusia : Eh, dah subuh dah!!
Malaikat : bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu.
Syaitan : Alarh, kejaplah, ngantuk ini. Awal lagi nie!!
Manusia : Nak makan, laparlah!!
Malaikat : Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah.
Syaitan : Ahh, tak payahlah. dah lapar ini!! mmm sedapnya.
Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan : Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!!
Manusia : Alamak, dah lewat dah ni.
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan : Ahhh!! awal lagi. mmm aaahh!! suruh si dia punchkanlah!!
Manusia : Azan sudah kedengaran.
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan : Baru pukul berapa. Rilex lah. awal lagi ni!
Manusia : Eh, eh. tak boleh tengok ini, berdosa.
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan : Perggghh. best tu. rugi ooo kalau tak tengok nie.
Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahlah ia.
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklah.
Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu.
Syaitan : Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah-susah. pandai-pandailah.
Manusia : aku telah berdosa.
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat. lagi pun muda hanya sekali. rugilah.
Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu. Jomlahhh.
Manusia : Uuhhh. letihnya hari ini. tak solat lagi nie.
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-Nya, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah) untukmu.
0 comments:
Post a Comment