Maksud saya, niat ketika wuduk ini bukan lah niat seperti sebelum ambil wuduk.
'Sahaja aku berwuduk kerana Allah Ta'ala'
-Bukan niat ini yang saya maksudkan. Niat yang saya maksudkan ialah niat yang berikut.
- Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
- Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
- Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
- Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
- Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindungilah daku dari panas terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
- Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".
- Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
- Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
- Kita hari-hari bercakap tentang benda-benda yang tak berfaedah.
- Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
- Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
- Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
- Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
- Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
- Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
- Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
P/S :Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
0 comments:
Post a Comment