Wednesday, November 10, 2010

Kekasih Hati Ku


Saya suka sangat tengok jari-jemari kekasih hati saya. Cantik betul. Sungguh!! Sampai saya sendiri takut nak pegang. Bukan takut patah ke apa. Tapi takut nanti jari-jemari kitaorang tak boleh tolong diantara satu sama lain di satu hari yang gila selamanya didepan Yang Maha Esa.

Saya suka tengok rambut kekasih hati saya. Cantik betul. Sungguh!! Sebab itu saya belikan dia tudung. Hurm, bukan sebab cemburu orang lain tengok pulak kan. Tapi, sebab saya nak tengok rambut iklan Pantene dia tu sampai bila-bila. Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang gila selamanya.

Saya suka tengok bentuk badan kekasih hati saya. Mantap betul. Sungguh!! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa dia 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jauh lagi cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Peerghh!! Syoknya.

Saya sedih sangat bila tengok kekasih hati saya tak tidur, tak makan, sebab rindu dekat saya. Saya pun macam tu jugak, ada masalah yang sama. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa. Semoga lebih cintakan-Nya daripada saya.

Saya sedih tengok kekasih hati saya selalu berpesan. "makan, minum, jaga diri, 'drive' kereta elok-elok, Saya susah hati. bla bla bla bla" katanya, tengok movie sama-sama, saya memang sayang sangat dekat dia. Kekal bahagia, selamanya.

Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti. Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ini. Semoga kami menginsafi diri kami sendiri. Ya Allah, ampunkanlah kami. Semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti.

P/S :Kalau lah aku dapat berbuat demikian, Alhamdullillah. Seronoknya kekasih aku bila dia berada disamping ku. 

Terima Kasih kepada HAZRI RAZIFF atau lebih dikenali sebagai Bajib kerana sudi kongsi bersama karya hasil nukilan beliau. Anda boleh melihat karya-karya beliau di hazriraziff.blogspot.com. Sekian.

Tuesday, November 9, 2010

Allah Memanggil Kita Hanya 3 Kali Seumur Hidup

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup. Sungguh sedikit sekali Allah memanggil kita tetapi 3 kali itulah yang bermakna bagi sesiapa yang mengetahui akannya. Berikut adalah panggilan dari-Nya.

1. Azan

Azan adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat-Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi umat-Nya, baik umat-Nya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat-Nya ketika hari Kiamat kelak.

2. Umrah / Haji

Panggilan Umrah atau Haji ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hamba-Nya dengan panggilan yang halus dan sifatnya bergilir-gilir. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Perjalanan penuh liku. bagi yang tiada duit maka ada duit, yang tidak direncanakan, ternyata akan pergi, ada yang memang direncanakan dan makbul. Ketika kita sedang niat Haji atau Umrah, Kita akan berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita disaat itu menjawab panggilan Allah yang ke-2. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

3. Kematian

Panggilan ini yang akan kita jawab dengan amalan kita. Kebanyakan kematian yang kita lihat, Allah tidak pernah memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan atau gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu, manfaatkanlah waktumu dengan sebaik-baiknya.


Jawablah ketiga-tiga panggilan Allah itu dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah. InsyaAllah syurga adalah balasannya.

Di riwayatkan dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima jenis orang:
  1. Orang yang meninggalkan solat.
  2. Orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
  3. Orang yang derhaka kepada ibu dan bapanya.
  4. Orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  5. Orang yang suka minum arak.

Niat Ketika Berwuduk


Maksud saya, niat ketika wuduk ini bukan lah niat seperti sebelum ambil wuduk.

'Sahaja aku berwuduk kerana Allah Ta'ala'
 -Bukan niat ini yang saya maksudkan. Niat yang saya maksudkan ialah niat yang berikut.
  1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
  3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
  5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindungilah daku dari panas terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
Penjelasannya:
  1. Kita hari-hari bercakap tentang benda-benda yang tak berfaedah.
  2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
  3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
  4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
  5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
  6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain-lain.
  7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
P/S :Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Sunday, November 7, 2010

Portfolio Bola Sepak


Perlawanan diantara MAA FC vs KSK Juasseh bagi merebut Piala Liga Hasan Malik. Yang Berhormat Dato' Hasan Malik ialah Ahli Parlimen Kuala Pilah. Perlawanan memang sengit diantara kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang berlainan. Masing-masing bermain dengan penuh semangat untuk menjulang piala tersebut. MAA FC berpakaian warna kuning manakala KSK Juasseh berpakaian warna putih. Seorang daripada Pemain KSK Juasseh dikeluarkan padang akibat kad merah kerana mengasari pemain lawan.

Gambar yang sempat dirakamkan ketika perlawanan diadakan.








MAA FC berjaya mengalahkan KSK Juasseh 4-2. MAA FC berjaya menjulang Piala Liga Hasan Malik. Tahniah kepada pemain-pemain MAA FC.

Outdoor Perkahwinan Aida dan Fairuz

Photoshoot ini diambil pada hari yang sama aku photoshoot cukur jambul itu. sepupu aku minta tolong shoot gambar outdoor dengan dia. Aku pun tolong laa. Aku punya majlis habis awal hari itu. Sempat rehat kat kampung kejap. Lepas itu, sambung kerja photoshoot outdoor ini.

Cuba teka siapakah beliau?



 Beliau ialah YAB. Datuk Seri Utama Haji Mohamad, Menteri Besar Negeri Sembilan. Gambar ini diambil semasa beliau bertandang ke majlis perkahwinan Aida dan Fairuz.

Gambar ketika sesi outdoor dijalankan.
  







Sesi outdoor ini dibuat di Restoran Warisan, Terachi, Sebelah restoran ini terbentang luas sawah padi yang menghijau. Restoran ini berhampiran dengan kampung aku jugak.

Cukur Jambul Qalesya

Aku terjaga awal pagi ini. Tak tahu kenapa tiba-tiba boleh bangun awal lak. Mungkin sebab letih gila kot semalam. Pukul 7 pagi dah bangun. Gila kan? Tapi nak gerak pergi rumah Si comel Qalesya ini pukul 9.30 pagi. Kan best kalau aku bangun pukul 9 pagi ke? ini tak. Pukul 7 pagi. Ish!! Nasib baik lah Rania dah bangun pagi sama dengan aku. Sempat laa jugak bermain-main serta bermanja-manja dengan dia kejap. Rania ini anak sepupu aku. Umur dia baru 2 tahun. Comel malah petah bercakap.

Tengok jam dah pukul 9 pagi. Aku pergi mandi serta siap untuk ke majlis cukur jambul berkenaan. Lepas itu, Aku terus gerak pergi Kampung Gunung Pasir. Pehh!! Naik motor jee beb. Bayangkan photographer naik motor? Chill laa. Aku tak kisah pun. Aku punya suka lah nak naik apa-apa pun. Yang penting aku ada kenderaan untuk bergerak sendiri. Aku naik motor sebab sepupu aku photoshoot perkahwinan kat Rantau dan aku kat Kampung ini. Jadi, aku dan dia berpecah. Kampung ini terletak lebih kurang 5 kilometer dari Seri Menanti.

Haha!! Kali ini kerja aku memang terbaik. Tak memenatkan. Sampai-sampai jee kat rumah Si comel tuu, Aku lepak kejap dan setting camera sikit. Tak lama lepas tuu aku terus shoot. Haha!! Si Qalesya ini sumpah gedik gila. Bila aku nak main dengan dia, dia menangis. Bila aku nak shoot gambar dia, Dia tak menangis then buat muka comel. Gedik tak gedik si Qalesya ini? Baru 2 bulan umur dia. Kalau dah besar, tak tahu laa macam mana agaknya.

Gambar Si comel Qalesya ketika cukur jambul.








Pergi lambat tapi balik awal. Haha!! sebab majlis itu habis awal. Balik tuu aku singgah kampung aku kejap. Lepak, Makan dan tidur sekejap.

Akad Nikah Aida dan Fairuz

Memang letih. Tidur dah laa lambat hari sebelumnya.Gila betul. Pagi-pagi pukul 10 dah gerak Seremban sebab petang tuu ada majlis akad nikah. Memang otak aku tak kembang laa kan. Sampai-sampai jee kat Seremban, Sepupu aku pick-up aku kat Terminal One. Selepas itu terus gerak pergi Rantau, Negeri Sembilan. Rantau nie dekat-dekat sikit dengan Mambau tapi jauh kalau dari Port Dickson.

Sampai jee kat rumah pengantin, terus setting camera dan terus shoot. Tak ada cerita banyak punya. Dari pukul 3 petang sampai pukul 11 malam. Petang ada akad nikah dan malam pula ada malam berinai. Letih dowh nak menunggu sebab pengantin perempuan ada tukar-tukar baju. Nasib baik laa kat rumah pengantin ini ada ramai gadis-gadis. Sempat laa berborak untuk menghilangkan rasa bosan pada diri ini. hehe!! habis sahaja semua. Aku dan sepupu aku ini terus 'CHAW'. Tak ada cerita banyak. Masing-masing kepala otak dah 'KENG' Haha!! 

Serba sedikit gambar yang telah ketika majlis itu dijalankan.