Friday, November 5, 2010

Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu

  1.  Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2.  Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. 
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’,‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kamu tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, November 3, 2010

Kawan Baik

sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya. Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia.

"Farhana, aku terlalu menyintaimu!". Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang kubuat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa
itu. Aku telah berterus-terang dengannya mengenai perasaan cintaku padanya dan
hasratku untuk! melamarnya. Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan. Dia juga sangat menyintaiku.Kami telah sepakat untuk membina mahligai bahagia bersama Hasrat murniku telah ku suarakan kepada bonda tercinta.

"Ibu, Syah nak tanya sikit boleh tak?". Aku memulakan bicara, sebaik saja selesai menikmati makan malam. "Apa dia sayang?".Balas ibuku lembut. "Syah rasa......... Syah nak kawin la bu........", dengan perlahan aku suarakan apa yang terpendam. Aku
hanya tunduk menanti reaksi ibu. "Betul ke ni Syah? Gadis bertuah mana yang jadi pilihan Syah tu?". Aku jadi lebih serba-salah. Perlukah aku berterus-terang
sekarang? Ah, aku mesti mencuba. "Syah nak kawin dengan Farhana." Aku semakin pasrah, apa nak jadi-jadilah. Tiba-tiba pinggan yang ibuku tatang sedari tadi jatuh berderai. "Kau dah gila ke Syah? Kau sedar tak apa yang kau cakap ni? Kau
sedar tak kita nie siapa, dia tu siapa? Tempik ibuku memecah kesunyian. Tak pernah aku lihat ibuku semarah itu selama hidupku. "Tapi ibu!, Syah sayangkan dia, Syah tak sanggup nak berpisah dengan dia. Sejak kecil lagi Syah berkawan dengan dia, salah ke kalau Syah nak kawin dengan dia?". Aku cuba memujuk.

"Tidak! Kau jangan nak jadi anak derhaka Syah! Ibu tak rela!". "Tapi ibu.......". "Tiada tapi-tapi lagi, kau mesti putuskan hubungan dengan dia.........",
suara ibu semakin perlahan. "Dari kecik ibu bela kau Syah, tak pernah ibu bantah apa saja permintaan kau nak.Tapi kali ini, tolonglah faham. Kita ni kambing Syah......... kau sedar tak yang kita ni KAMBING?...... mana boleh kambing kawin
dengan ayam?". Air mata ibu jatuh berderai. Aku hanya terkedu, memang benar kata-kata ibu. Aku pasrah. Farhana......... aku tetap sayang padamu, walau kau dilahirkan sebagai seekor AYAM SERAMA...

Monday, November 1, 2010

Antara Sebab Mengapa Doa tidak dimakbulkan

Dari Syaqiq al Balkhi berkata : " Adalah Ibrahim bin Adham ( semoga Allah merahmatinya ), berjalan di pasar Basrah, maka dia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya :" Ya Abu Ishaq, Allah Ta'ala telah berfirman di dalam kitab suci-Nya :

" Mintalah olehmu sekalian kepada-Ku nescaya Aku kabulkan."

  • Dan kami telah satu tahun berdoa dan belum dikabulkan!. Kata Ibrahim bin Adham ( Abu Ishaq ) : " Wahai penduduk Basrah, hatimu sekelian telah tertutup oleh 10 perkara, bagaimana doa kamu dapat dikabulkan?"

  • Kamu sekalian telah mengetahui Allah Ta'ala akan tetapi belum kamu tunaikan hak-hak-Nya.

  • Kamu sekelian telah membaca al-Quran, tetapi kamu belum melaksanakan isinya.

  • Kamu telah mengakui syaitan sebagai musuh, akan tetapi kamu masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.

  • Kamu sekelian mengatakan bahawa kamu termasuk umat Nabi Muhammad s.a.w, akan tetapi kamu tidak mengerjakan sunnahnya.

  • Kamu menyatakan diri akan masuk syurga, akan tetapi kamu tidak mengerjakan apa-apa yang akan membawamu ke syurga.

  • Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka, akan tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.

  • Kamu telah menyatakan bahawa mati itu adalah yang pasti, akan tetapi kamu tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati.

  • Kamu sekelian sibuk untuk meneliti aib atau cacat orang lain, tetapi kamu tidak bercermin melihat aibmu sendiri.

  • Kamu sekelian telah makan dan merasa nikmat Tuhanmu, akan tetapi kamu belum mahu bersyukur kepada-Nya.

  • Kamu sekelian telah menguburkan mayat-mayat rakanmu, akan tetapi tidak mengambil pelajaran dari mereka.


Friday, October 29, 2010

Hobin Jang Hobin


Let's do it guys. Selamat berjaya. Negeri Sembilan did it once, and it can be done again! Monang laie sekali untuk tahun. Baru Juaro bertahan namo ekh. Nak jugak bawak piala tuu balik lalu Bukit Putus tapi sekarang dah ada jalan baru. Sonang joo. Thorus yoo. Lagipun, kiro hadiah untuk penyokong laa kan? Tahun ini harap daulat Yamtuan ado laie laa. kalau monang Pialo Malaysia kali ke-2 berturut-turut lagi lah best!! Kalau monang kali nie. Kali Ke-3 laa Negeri Sembilan monang Pialo Malaysia.

Jangan takut dongan mercun, kalau dia nak gocoh, kita sosah yo! Kalau dio takbir, kito pun takbir laa. Dio ado Tok Guru yang konon'e tahu sapo masuk syurgo. Alarh, kito dulu ado yo yang macam tuhh jugak, lagi tera pun ado. Tak cayo? Siap ado koluar muko kek bulan lagi tuhh! Tuhh Abuya Ashaari tuhh! Cubo tanyo oghang kek Gomotir nunn.

Kalau tak, jom nyanyi ramai-ramai yo la yo..




"Hobin Jang Hobin"

Hobin Jang Hobin...3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin...3x

Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin...x3

Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong
Hobing jang hobin...3x

Hobin jang hobin...3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin...3x

bukan main bola lisut
bukan main bola tampa
Semuo oghang tekojot
kito monang bia lah melaysia

Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan menggellabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah...
Hobin Jang Hobin...3x

Esei ado pantun nak bagi kek korang.

'Duo tigo eden berlari,
mano kan samo dongan si Ali,
Duo team bortombung laie tahun nie,
Harap kali nie monang laie.'

'Anak Cino makan asam podas
kalau monang ikut Highway Lokas laa'

Jumpo korang sumo kek stadium Bukit Jalil yoo!!

Thursday, October 28, 2010

For The Rest of My Life

Maher Zain - For the rest of my life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
-When I heard this song. It's open my heart back to love someone that I love. I know that Allah know what my heart it is. What done is done. I know if I don't have anyone else. Allah is right by myside. Allah is always hearing what we said and what is in your heart. I wanna start a new life and a new journey. Thanks very much man. Singing while preaching.

Seniman Menangis

Malam ini akulah seniman
Setelah kita putuskan tunangan
Tiada kawan yang dapat meneka
Ku berduka

Ku berikan majlis bergembira
Ku tertawa, minum dan berdansa
Hingga diri yang sedang berduka
Tak percaya

Aku tersenyum ku tersenyum
Dan berdansa
Ku berdansa ku berdansa
Bagai nak gila
Ku ikut tertawa bersama
Kawan dinda
Tapi engkau tahu ku hanya berpura

Tapi dinda
Bila kawan ku pulang
Seniman ini duduk keseorangan
Hampa hiba mengenangkan dirimu
Oh dinda

Tapi dinda
Apabila tabir ditutup oh
Lampu-lampu gelap-gelita
Ku keseorangan

Kalau kau berada
dibelakang tabir menyaksikan
Kau akan melihat
Seniman ini Menangis

Tuesday, October 26, 2010

Betulkah Perokok Juga Ada Hak?

Yaa!! Hak untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok. Dengan membayar RM0.50 untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan

-RM0.24 untuk cukai hasil tembakau
-RM0.14 untuk keuntungan pengilang rokok
-RM0.05 untuk peruncit
-RM0.01 untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
RM0.01 untuk dinikmati penanam/pengawet tembakau

Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah RM0.05

Setiap rokok yang dihisap, anda sebenarnya menghadiahkan diri anda dengan

-20 kali lebih risiko kanser paru-paru
-10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
-10 kali lebih padah saluran darah tersumbat
-4 kali lebih ancaman penyakit jantung
-2 kali lebih risiko serangan strok
-50% risiko kematian akibat tabiat merokok

Paling utama, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi diri anda.

Berhenti sebelum terlambat.



Katakan TAK NAK kepada Rokok!!