Monday, October 11, 2010

Bonda Menunaikan Fardhu Haji

"Whoever performs Hajj for Allah's pleasure and does not have sexual relations with his wife, and does not do evil or sins then he will return (after Hajj free from all sins) as if he were born anew."
-Nabi Muhammad S.A.W


Sibuk malam tuu ketika makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu sepapat ku serta rakan-rakan bonda yang datang dari jauh berkumpul untuk satu malam yang penting di rumah ku untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Bonda ku kerana beliau akan pergi menunaikan rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan fardhu Haji.


Mr. Padek dan Wan Chu

Sepupu ku

Pada malam itu, adik-beradik bonda serta sepupu ku berkumpul untuk memberi tanda penghormatan dan selamat tinggal kepada bonda tercinta. Tahu sahaja laa kalau dah adik-beradik kumpul. Macam-macam cerita yang keluar. Kejap politik, kejap agama, kejap cerita time zaman kanak-kanak dan macam-macam lagi laa. Tak tidur laa malam tuu dibuatnya. Dari pukul 11 p.m sampai pukul 4 a.m duk bercerita jee. Kalau perlahan tak apa laa jugak kan, nie kuat lak tuu. Haish!! Biasa laa, dah ramai kan. Nak buat macam mana. Penuh satu rumah nie. Bergelimpang masing-masing tidur. Huhu!!

Tak lama kemudian, Bonda pun mandi dan bersiap-siap untuk ke Kelana Jaya. Aku dan abangku pun segera laa mandi dan bersiap-siap untuk hantar beliau ke sana. Apabila sudah siap semuanya. Masing-masing bersalaman diantara satu sama lain bersama bondaku. Meminta ampun dan maaf segala-galanya. Habis sahaja tuu, maka azan pun dilaungkan. Niat di hati ini memang ingin mengazankan untuk bonda pada ketika itu tapi Pak Ngah ku sudah menawar dirinya dahulu. Tak boleh nak buat apa-apa. Sedihnya hati ini. :((

Bertolak dari rumah ke Kelana Jaya pada pukul 5 a.m. Sampai sana dalam pukul 5.45 a.m. Tak ikut federal highway. Kita ikut jalan lain. Sampai sahaja di sana, tengok sekeliling ramai gila orang. Seperti biasa laa kan. Menunggu bukan main lama lagi. Nasib baik laa ada bawa sandwich dan mee hun goreng untuk alas perut pagi tuu. 2 jam kemudian, baru laa bonda masuk ke dalam dewan tersebut. Aku dan abangku bersalaman serta peluk bondaku untuk kali terakhir sebelum beliau berlepas ke tanah suci Mekkah. Sebak hati aku ketika itu. Aku tak dapat tahan dan akhirnya air mata ku menitik satu per satu. Aku meminta bondaku berdoa kepada ku serta mengirim jubah serta minyak wangi yang boleh dipakai ketika menunaikan solat.

Akhirnya, Bonda telah melepasi ruang beratur dan terus masuk ke dalam dewan. Sempat aku melambai tanganku kepada beliau sebagai tanda selamat tinggal kepada beliau. Setelah selesai semuanya kira-kira pukul 9 a.m dan sampai dirumah pada 9.50 a.m. Alhamdullillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang aku doakan. Harap-harap bonda juga begitu lah apabila berada di sana kelak.


Ketika sedang menunggu

Bonda Tercinta

Ujang, Cik Nasir dan Ikhwam

P/S : Ampun kan dosa Ikhwam dan Ujang Mak!! Ikhwam tahu yang Ikhwam dan Ujang banyak buat salah kat Mak. Ikhwam dan Ujang akan doakan mak supaya mak sihat dan sejahtera ketika berada di tanah suci Mekkah.

0 comments:

Post a Comment