Sunday, September 26, 2010

Semoga Cepat Sembuh Rakan Baik ku

Izwan Shafrizan


Pada petang Khamis bersamaan 23-Sept-2010, aku telah menerima satu message dari Ibu rakan baik ku. Izwan Shafrizan atau lebih dikenali sebagai jambu. Ibu nya memberitahu bahawa Izwan sedang sakit dan telah menjalani pembedahan pada hari sebelumnya. Aku diberitahu bahawa Izwan mengalami Apendix. Apendix ialah satu penyakit yang mengumpul benda-benda kecil yang tidak boleh dihadam akan disimpan di dalam perut kita. Apabila takungan Apendix ini sudah penuh, Ia boleh pecah dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita.

Apabila doktor menjalani X-Ray, doktor mendapati bahawa Apendix Izwan dalam bahaya dan harus dibedah secepat yang mungkin. Aku telah jalankan amanah yang telah ibu nya beri supaya memberi tahu rakan-rakan baiknya yang lain. Semuanya terkejut apabila aku memberi tahu tentang hal ini. Rakan-rakan yang lain semuanya mendoakan agar cepat sembuh. Insyaallah.

Akhirnya Ibu Izwan memberitahu bahawa Izwan selamat menjalani pembedahan itu. Aku bersyukur kepada Ilahi. Aku menelefon Ibunya untuk bertanya khabar tentang perkembangan rakan ku ini.

Alhamdullillah, selepas beberapa hari, Izwan kembali pulih tapi sedikit demi sedikit. Sempat aku berborak dengannya ketika aku menelefon ibunya tapi hanya seketika kerana dia tidak larat. Tak mengapa. Aku faham. Rehat laa kawanku. Aku dan rakan-rakan yang lain mendoakan agar kau cepat sembuh dan kembali ceria seperti sedia kala. Aku rindu lawak,gelak tawa serta bahan nak kau.

Keriangan ketika bersamanya


'Siapa makan Cili, Dia lah yang terasa pedas nya'
-Pepatah orang Melayu

P/S : Pepatah nie macam nak kena kan aku jee. Adam, Jambu dah lepas azab dah. Tinggal kita dua jee Adam oii. Kita nie pun tunggu masa jee Adam. haha!!


Saturday, September 25, 2010

Rumah Terbuka Di Surau Al-Muthmainnah

Surau di rumah aku telah mengadakan majlis rumah terbuka dan meraikan orang yang akan mengerjakan haji pada tahun ini. Lepas maghrib aku terus ke surau untuk menolong serba sedikit persiapan pada ketika itu. Setelah selesai solat Isyak, terdapat majlis sumbangan dari pihak surau kepada orang yang mengerjakan haji.

Bonda tercinta telah terpilih untuk mengerjakan haji pada tahun ini. Beliau juga telah mendapat sumbangan dari pihak surau. Semua nya berjalan dengan lancar. Makanan yang disediakan semuanya enak-enak belaka.

Nasi Minyak
Ayam Sambal
Kari Kambing
Arca Buah
Nasi Himpit
Ketupat
Rendang
Cendol
Satay

Memang sedap. aku siap tambah dua kali kot. haha!! sedap punya pasal.

Bonda bersama Shafie juga rakan baik ku

Pemuda-Pemudi Surau

Imran bersama Neneknya

Bonda boleh menggedik pulak kan

Orang Kuat Surau

"We will show them our proofs in the horizons, and within themselves, until they realize that this is the truth. Is your Lord not sufficient as a witness of all things"
-The Holy Quran 41:53

Tuesday, September 21, 2010

Sorry For What!!

"So break yourself against my stones
And spit your pity in my soul
You never needed any help
You sold me out to save yourself"

Slipknot - Snuff

For what you wanna said sorry to me? For every single things that you've made? For every single things that hurt me. My heart is already hurt last 4 years ago after what you've done to me. I kept begging on you at that time but what do you do huh? It ok. I respect your decision. I'll take it like a man eventhough you were lying to me. You said your mum take away your phone and she want you to concentrate on study same as you said to me. You break with me because of study. You said you wanna focus on it but it doesn't happen at all right? It ok. I don't mind. I let my heart to let you go. It really-really broke my heart.

Now, You come back appear infront of me. What should I do huh? Eventhough I have a relationship with some else almost 3 years but now break up already but my mind still remembering you. You said you wanna be a friend of mine. Ok, let do this. But I was confuse. The day that we broke up, you said you don't wanna be my friends but now. It ok. Just forget the past.

I try to take your heart back but I can't. You with someone else that you love more than me right? I know that you still love me but not as much as your boyfriend (BF). Yes, I know you've made a mistake earlier. You broke up with the wrong person last 4 years ago. Then now you said you're willing to take me back but you right now with someone else. You said I've should wait until the right time but for how long I'm gonna wait? a day, a week, a month or a year. Until when it take? until you get married with him, until you get 2 or 3 childrens with him.

Whatever it is, Life must carry on. Hey girls, I'm already 18teen. I know what I'm doing and what I'm thinking. I also don't want to hurt anyone else because of you and me. If I can wait. I'll wait. If not. I'm so sorry. The End. Let us be friend.

"And now, I miss everything about you
I can't believe that I still want you
After all the things we've been through
I miss everything about you, without you"

Colbie Caillat - I never told you




Monday, September 20, 2010

My feeling is

"When he holds you close, when he pulls you near,
When he says the words,
You've been needing to hear, I'll wish I was him,
'Cause these words are mine, to say to you,
'Til the end of time"

-Bon Jovi - Always

I'm sorry if what I tell you right now maybe hurt your feeling. I know we break up for a long time ago. You and me together are not too long enough. We didn't contact each other for a long time because of you don't want to. You said If we being a friend only make you sad of it. That the reason why we lost contact. Well, I guess I'm not that good anymore to you right?

Suddenly you adding me up in FB (Facebook). It start to remind me all over on you. It remind me to all of our memories between you and me. I know that we don't have a lot memories together but a certain things make us that is the greatest memories. I hope I can get you back in my life but it's too hard to get you back when you're in love with someone else not me. I know my advantage and my disadvantage. It's your life. You the want who choose it. I can't do anything about it.

Well, there ain't no luck in these loaded dice. But if you give me just one more try. We can pack up our old dreams, and our old lives, We'll find a place, where the sun still shines. Lastly, Yes, It true that I still have feeling on you and I still love you. No matter how far you study or live at. I hope I can love you once again.

If she read this, She will know who am i mention about it. Thanks for everythings.

'The hardest thing to do is watch the one you love is love someone else not you'
-Rose Franken


Bon Jovi - Always (Live)

Sunday, September 19, 2010

Barbeque

Tanggal 17-sept-2010 telah diadakan barbeque di kawasan perumahan Pandan Perdana bersama jiran-jiranku. Malam sebelum tuu pergi beli barang kat Tesco Ampang. Bukan main banyak lagi barang nak dibeli. haha!! Bila nak bayar jee ada masalah credit card pulak. Aduyai!! macam-macam. nasib baik lah lepas beli barang-barang tuu. Time barbeque memang best gila. Tak terkata laa katakan. haha!! Bakar ayam, hot dog dan kerang. pastu makan mee hun goreng dan mee hun singapore. pehh!! layan beb gua cakap kat luu. Masa dah nak dekat habis tuu kitaorang masing-masing kemas. Tolong-menolong laa katakan. Alhamdullillah semua nya berjalan seperti yang di rancang.

Ada serba sedikit gambar ketika barbeque.











Monday, September 13, 2010

Hari Raya Di Kampungku

Biar lah aku bercerita satu per satu bermula dari awal hingga akhir.

Malam Raya
Malam raya aku balik lewat sedikit kerana abang ku keluar cari barang untuk IPHONE dia. Mula-mula ingat nak buka puasa di McD pastu terus balik kampung. Akhirnya tidak jadi. Abangku suruh aku berbuka dahulu di rumah sementara menunggu dia pulang. Apa lagi!! Buka puasa kat kedai mamak belakang rumah laa jawabnya. Maggi Goreng dan Teh 'O' Ais sudey. Aku gerak dari sini ke kampung halaman dalam pukul 8.45 p.m dan sampai kampung pukul 9.45 p.m. Niat dalam hati ingat nak pergi takbir dari rumah ke rumah tapi tak sempat. Malang sungguh nasibku.

Raya Pertama
Aku bangun pukul 8.15 a.m. Tak mandi tak gosok gigi apa semua terus makan Lomang dan Rhondang. Wahh!! Terbaik Wokk!! Tahun ni baju raya aku warna hijau. Bonda tercinta warna merah jambu dan abang berwarna putih. Haha!! tak sama langsung kan kan kan? Lepas solat sunat raya, ada jamuan makan-makan sedikit di surau. Lepas itu baru pergi ke kubur arwah-arwah tersayang. Sedekah kan lah Al-Fatihah kepada arwah-arwah semua. seterusnya sesi minta ampun dan maaf sesama keluarga dan sesi photography di jalan kan. Pehh!! Pening kepala nk arrange siot. Terlalu ramai sangat. Sepupu aku sahaja sudah ada dalam 20 lebih orang. Bayangkan laa. Adik-Beradik mak aku berapa orang pulak kan. Lepas Solat Jumaat terus pergi ke Tampin dimana terletak nya kubur ayahanda tersayang. Lepas itu terus pergi ke rumah Pak Ngah belah ayah aku. Makan Lomang dan Rhondang lagi. Haish!! Petang baru laa dapat rehat itu pun sekejap. Malam tuu pulak ada BBQ di kampung aku. Terpaksa laa aku menolong untuk persiapan BBQ pada malam itu. Pehh!! sedap siot. Kerang Bakar, Ayam Bakar, Hot Dog dan Mee Hun Goreng. Kenyang perut aku dibuatnya. Setelah selesai semuanya, seperti biasa laa. Sepupu aku yang kecik-kecik semuanya main PS2 dan Sepupu aku yang sudah besar semuanya bermain kad terup termasuk aku sekali. Haha!! Modal RM5.50 untung RM7. Ngee!! Tahniah kepada yang menang dan tahniah juga kepada yang kalah kerana menanggung kekalahan yang banyak. haha!!

Gambar semasa persiapan menjelang raya.





Raya Kedua
Bosan sungguh raya kedua ni. Bangun pagi makan Lomang dan Rhondang. Pastu tunggu orang datang raya di rumah kampung ni. Boring gila. Nasib baik laa malam nanti jadi datang raya kampung Rara kat Linggi. Haha!! kampung rara nie jauh sikit dari kampung aku. Aku pergi ke sana bersama 3 orang lagi sepupu aku iaitu Azuren, Noni dan Shafiq. Datang kampung Rara bukan main meriah lagi siot!! sumpah happening gila aku cakap!! Apa yang dibincangkan tuu biar lah rahsia Rara kan kan kan? haha!! family matter. Wahh!! Lepas raya kampung Rara, Aku pergi lak rumah kawan sepupu aku ni. Tak tahu laa sepupu ke atau kekasih hati dia. Nama dia Nadia. Panggil Nad jee. Aduh!! nak pergi rumah dia bukan main susah sampai sesat laa kita orang ni. Aku bagi tahu sepupu aku tuu suruh si Nad ni ambil kita. Dia pun ambil dengan naik motor LC135 dengan adik dia. On the way nak pergi rumah dia tuu. Boleh pulak dia accident. Pehh!! bersepah beb!! Dengan tak pakai helmet dengan laju lagi. Haish!! nasib baik bersepah kat atas rumput kalau kat atas jalanraya mahu cedera teruk si Nad dan adik dia tuu. Sabar Nad ekh? Lepas pergi rumah si Nad ni terus kita orang balik kampung. Sebelum sampai kampung tuu kita orang pergi pekena jap Char Kuey Tiaw kat Pekan Pilah untuk alas perut sebelum tidur.

Raya Ketiga
Bangun tidur seperti biasa. Makan dulu baru mandi. Makan Nasi Himpit lak. Program raya ketiga ni pergi ke rumah Tok Long aku kat Mantin dan rumah Pak Ngah belah bonda aku kat Seremban. Tapi malam aku sudah ada program lain dengan cousin aku. Pergi tengok wayang Midnight cerita Piranha. Aku ingatkan best sangat laa cerita tuu tapi haram jee tak best langsung dan sekejap gila cerita dia. Overnight malam tuu balik pukul 3 a.m

Raya Keempat
Bangun tidur terus packing barang siap-siap untuk pulang ke KL. Tengah hari tuu balik laa ke KL tapi sayang nya, aku balik KL naik bas kerana barang-barang penuh didalam kereta abang aku. Sedih nya tapi best. Itu semua pengalaman beb.

Gambar Kenangan di Hari Raya












Ini sahaja kisah Hari Raya aku. Sekian

'Call it a clan, call it a network, call it a tribe, call it a family. Whatever you call it, whoever you are, you need one'
-Jane Howard

Thursday, September 9, 2010

Buka Puasa Bersama Rakan-Rakan

Tadi aku pergi berbuka puasa bersama rakan-rakan sekolah aku di HR Restaurant. Restoran Western kat Kg.Baru. Methodist Boys School badge 2009. Hanya 6 orang sahaja termasuk aku. Nama mereka ialah;

Amir Zakwan
Muhd. Adam
Muhd. Bakri
Muhd. Izwan
Shahrul Izwan
Shahril Ikhwam

Kita orang sampai around 6.15 petang. Nak kata awal pun tak awal lambat pun tak lambat. Aku datang lambat sedikit sebab aku pergi ambik Adam jap kat Burger's King kat Masjid Jamek sebab sebelum tuu dia pergi keluar dengan Diana (Didie) agaknya dia malas balik rumah tuu sebab dia suwo aku ambik dia dan terus pergi restoran tuu.

Bila aku dengan adam daa sampai. Pap!! Pap!! Pehh!! 125ZR bernombor plat WTX 4625. Nak tahu siapa punya. Bakri punya. Pehh!! siot laa tapi memang motor tu dia idam-idam dari dulu time sekolah lagi. Si bakri ni sekarang belajar kat Maktab Perguruan Ilmu Khas. Kat Bandar Tun Razak. Dia ambik TESL. 5 tahun street Degree. Ok laa tuu bak kan? Semoga Berjaya.

Yang tumpang dengan Bakri ialah Shahrul. Dia sekarang kerja. Sambung Belajar sama dengan aku nanti. Bulan 11 masuk. Dia masuk Poli Melaka. Dia ambik Akaun. Dia dah apply UITM. Aku pun sama. Tapi intake Disember.

Si Izwan nie pulak bukan semart lagi pakai dengan kemeja apa semua. Haish!! Baru dapat kekasih kan. Mesti laa semart-semart betul tak jambu? haha!! chill babeh!! Si Amir nie tumpang Izwan. Dia sentiasa dengan gaya dia laa. Machoman!! Si Adam nie tumpang aku. Dia biasa jee. Tapi aku dengan dia hanya sama apabila disebut kan tentang lagu yang bergenre kan Berat Besi, Batu, Mati Besi dan macam-macam lagi laa.

Kemudian terdengar orang azan menandakan telah masuk waktu berbuka puasa. Apa lagi? melantak laa tapi sebelum tuu makan kurma dulu. Sunnah Rasullullah S.A.W. Pehh!! masing-masing tak nak mengalah makan. Susah aku nak tulis nama makanan masing-masing. Tak ingat dan susah nak ingat. Nama orang putih kot makanan kat sana. Haish!! Tapi yang aku tahu Si Izwan nie makan 2 kali. Entah laa aku. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Nak kata makan tak boleh. Nak kata melantak pun tak boleh. haha!! tak pe beb!! kita orang tak kisah pun ko nak makan berapa banyak. Ko bayar jugak kan kan kan? ahaks!! So, Afiqah. Pandai-pandai laa jaga kawan aku seorang lagi ni ekh?

Lepas makan semua. Tiba lah masa untuk Solat Maghrib. Haa!! ni satu lagi aku nak tegur si Izwan nie. Cik abang oii, Lain kali baca kuat sikit. Susah Makmum nak mengAMINkan Al-Fatihah tuu. ada faham? jangan laa terasa yea jambu. Aku nasihat jee. Supaya benda nie tak berulang lagi. ahaha!!

Then, Kita orang pun berborak laa. Kita orang cerita pasal time sekolah dulu then cerita pasal tempat belajar masing-masing. Kita orang memang having fun gila-gila laa time tuu. Pap!! Pap!! masa daa tak mengizinkan lagi. Kita orang pun terpaksa beransur pulang ke rumah masing-masing. Sebelum beransur tuu kita orang pergi ke Kedai Amir kerana amir ingin memberi makanan iaitu Bubur Lambuk Kg.Baru. haha!! aku rasa sama jee macam bubur lambuk Mak aku buat. Hehe!!

Hanya ada segelintir gambar yang sempat kami rakamkan. sila lihat dibawah.










"We are all travellers in the wilderness of this world, and the best we can find in our travels is an honest friend”
-Robert Louis Stevenson

P/S : Thanks to you all for being my friend.

Tuesday, September 7, 2010

hanya Tidur 2 jam 30 minit sahaja

Dah laa aku baru tidur tadi dalam pukul 8.30 pagi. Pukul 11.20 pagi Boleh pulak Uzaie call kata nak install apa benda ntah dalam Iphone abang aku tuu. Pehh!! mata aku menahan kesakitan yang teramat. Iaitu mengantuk!! wargh!! aku tak cukup tidur nie. Mcm mana?

Selepas Zuhur kang nak keluar lagi. Teman kawan baik ku pergi Plaza Low Yat. Kata nya dia hendak membeli laptop. Dia mintak aku dan rakan ku seorang lagi untuk menemaninya. Aku tak janji beb aku boleh ikut ke tak. Mata aku mengantuk ni. Nak tidur. sudah tidak tahan lagi. Bantal Busuk ku sudah pun memanggil!!

Ketika tidur dalam setengah jam. Kring!! Kring!! telefon rumah berdering. Aku pun pergi laa angkat. Abang aku rupa nya yang call. abang ku berkata "Teman abang jap pergi tukar Iphone tuu" aku pun jawab "alarh, ko pergi jee laa". Last-last dia cakap. "abang sorang jee nie, teman laa". Nak buat macam mana. Daa nama pun itu abang aku. Aku Pergi jee laa.

Pergi-Pergi pap!! pap!! daa pukul 2. Langsung aku msg adam. Pukul 2.45 jumpa di majestic. Aku ambik dia naik motor EX5. Si sorang lagi tuu, Si izwan laa. Tak Dapat teman. Dengar yee dia kena pergi Damansara. Tak tahu laa Damansara ke or Shah Alam yang dia pergi. Jangan marah laa derr!! Adam pun beli laa laptop Compaq Presario CQ42. Banyak kot free gift dia dapat dan aku hanya membeli DVD Grown Up tapi adam telah memecah rekod dengan membeli DVD Mighty Morphin Power Rangers. Haha!! Then, Abang aku call ajak buka puasa luar dengan family GF dia. Aku pun tak menolak. Biasa laa, orang tengah tiada duit kan kan kan.

Lauk buka puasa tadi memang terbaik wok!! meh!! biar aku list kan 1 per 1.

Ikan Siakap 3 rasa
Ayam Goreng Kunyit
Daging Merah
Tom Yam Campur
Kailan Ikan Masin
Telur Dadar.

semua nya 2 orang makan. Hang pikiaq laa sendiri banyak tak banyak.

Lepas berbuka puasa. Kita orang pun terus runner pergi JLN TAR. Pehh beb!! daa macam semut daa orang jalan ke hulu ke hilir. Habis lenjun baju aku tuu tapi berbaloi kerana abang aku belanja aku sehelai seluar DOCKERS. cukup laa tuu. Aku daa bersyukur sangat-sangat.

Tapi yang paling best yee ialah aku cuma tidur 2 jam 30 minit. Cipta rekod seyh!! macam haram. Kepala daa pening siang tadi apa semua. Haish!!

Lastly, finally she msg me. yeah!! i'm proud of it. Be a though girl.

P/S : Jangan Lupa ambil ubat ok.

To Someone

Saya minta maaf sangat-sangat kat awak. Saya tiada niat ingin berbuat demikian. Tapi saya sudah tidak boleh menyayangi diri awak lagi. Saya sudah cuba sedaya upaya saya. Hanya setakat itu saja yang saya mampu.

Saya tahu bahawa awak teramat menyayangi diri saya. Tetapi saya tidak boleh menyayangi diri awak sebagaimana awak menyayangi diri saya. Saya tak nak menipu diri saya lagi. Jika saya menipu diri saya sendiri bermakna saya juga tipu diri awak.

Adakah itu yang awak mahu? tentulah tidak kan. Saya tak nak benda ini berlarutan. Jika berlarutan, Saya dengan awak jugak yang susah nanti.Saya tahu apa yang saya buat ini adalah salah di sisi awak. Tapi saya buat benda ini demi kebaikan kita bersama. Saya hanya boleh menyayangi diri awak sebagai kawan or kawan baik saya.

Saya berbuat demikian bukan kerna saya teringat kepada kisah-kisah lalu, tidak, sama sekali tidak or saya ada orang lain. Ini ialah kata hati saya setelah sekian lama saya berdoa selama ini. Kerana saya sayang kat awak lah!! saya berbuat demikian.

Saya cuba untuk menyayangi diri awak. Awak pun telah membimbing saya untuk saya menyayangi diri awak. Saya turuti segala nya. Tapi sayang. Perasaan tidak boleh dipaksa. Ia akan datang secara semulajadi. Begitu juga saya, saya sudah berusaha gila-gila tapi perasaan saya tetap sama. Ia tetap berkata 'tidak'.

Saya jujur dengan awak. Semenjak saya dengan awak. Saya rasa diri saya ini gembira sangat-sangat tapi saya tidak boleh memaksa perasaan dan hati saya untuk menyayangi diri awak. Saya mengaku yang saya masih sayangkan awak tetapi sebagai kawan saya bukan sebagai kekasih saya.

Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa saya minta maaf sangat-sangat setelah apa yang berlaku kepada kita. Saya minta maaf jika saya ada terkasar bahasa and cubit awak. Saya minta maaf atas apa kelakuan buruk atau baik saya dekat awak. Saya minta awak halal kan laa makan minum saya selama saya bersama dengan awak.

Harapan terakhir saya untuk awak. Saya nak jadi kawan awak. Tetapi beza nya ialah kita tidak seperti dulu. Itu saja harapan saya. Jika awak tunai kan, alhamdullillah. Jika tidak, saya tidak boleh berbuat apa-apa. Maafkan saya jika saya ada buat salah dan silap kat awak.

Lastly,
You're My GBAB, Kintang-Kintang and My Kura-Kura.

Kini aku muncul kembali!!

Setelah kian lama aku menyepi kan diri aku daripada blog. kini aku muncul kembali. Aku ingin mencerita segala-galanya kisah diri aku ini. Jikalau benda itu boleh dicerita, aku cerita. Jangan risau. Tunggu dan lihat saja!!