Sunday, September 26, 2010

Semoga Cepat Sembuh Rakan Baik ku

Izwan Shafrizan


Pada petang Khamis bersamaan 23-Sept-2010, aku telah menerima satu message dari Ibu rakan baik ku. Izwan Shafrizan atau lebih dikenali sebagai jambu. Ibu nya memberitahu bahawa Izwan sedang sakit dan telah menjalani pembedahan pada hari sebelumnya. Aku diberitahu bahawa Izwan mengalami Apendix. Apendix ialah satu penyakit yang mengumpul benda-benda kecil yang tidak boleh dihadam akan disimpan di dalam perut kita. Apabila takungan Apendix ini sudah penuh, Ia boleh pecah dan boleh mendatangkan bahaya kepada diri kita.

Apabila doktor menjalani X-Ray, doktor mendapati bahawa Apendix Izwan dalam bahaya dan harus dibedah secepat yang mungkin. Aku telah jalankan amanah yang telah ibu nya beri supaya memberi tahu rakan-rakan baiknya yang lain. Semuanya terkejut apabila aku memberi tahu tentang hal ini. Rakan-rakan yang lain semuanya mendoakan agar cepat sembuh. Insyaallah.

Akhirnya Ibu Izwan memberitahu bahawa Izwan selamat menjalani pembedahan itu. Aku bersyukur kepada Ilahi. Aku menelefon Ibunya untuk bertanya khabar tentang perkembangan rakan ku ini.

Alhamdullillah, selepas beberapa hari, Izwan kembali pulih tapi sedikit demi sedikit. Sempat aku berborak dengannya ketika aku menelefon ibunya tapi hanya seketika kerana dia tidak larat. Tak mengapa. Aku faham. Rehat laa kawanku. Aku dan rakan-rakan yang lain mendoakan agar kau cepat sembuh dan kembali ceria seperti sedia kala. Aku rindu lawak,gelak tawa serta bahan nak kau.

Keriangan ketika bersamanya


'Siapa makan Cili, Dia lah yang terasa pedas nya'
-Pepatah orang Melayu

P/S : Pepatah nie macam nak kena kan aku jee. Adam, Jambu dah lepas azab dah. Tinggal kita dua jee Adam oii. Kita nie pun tunggu masa jee Adam. haha!!


0 comments:

Post a Comment