Sunday, October 3, 2010

Majlis Kesyukuran dan doa Selamat

Wahh!! Letih siot. Dengan Tidur lambat pastu bangun awal. Pehh!! Nak kena tolong kemas rumah untuk persiapan majlis ketika malam menjelma kelak. Aku pun memaksa diri ku untuk mengemas rumah kerana jika ingin mengharapkan bonda tersayang sudah tentu beliau sudah tidak larat lagi melakukannya seorang diri dengan usianya yang semakin lanjut. Nak buat macam mana, dah tiada anak perempuan dalam rumah ini. Aku sahaja laa yang dia harapkan. Sedih. :((

Setelah selesai kemas rumah semuanya lalu taukeh khemah pun sampai. Tolong laa serba sedikit bagi meringankan beban mereka. Taukeh khemah ini pun kawan aku jugak. Tak manis laa kalau kita cuma tengok sahaja tanpa menolong mereka. Apabila selesai pasang khemah, waktu telah menunjukkan jam 12.30 tengahari. Aku pun mandi dan siap untuk mengerjakan solat Jumaat.

Lepas solat Jumaat boleh pulak hujan lebat gila. Aduyai!! nasib baik lah dah hujan ketika itu. Jangan lah hujan pada malam nanti. Kalau tak, Rosak laa majlis aku nanti. Ketika malam menjelma, aku pun bergegas menunaikan solat Maghrib lewat sedikit kerana aku pergi mengambil kawan-kawan sepupu ku yang belajar di KPTM. Sempat lah jugak aku berkenalan dengan diaorang semua. Bukan apa, ini majlis keluarga aku, tak manis jika aku berdiam diri dengan mereka semua. Lalu, aku terus ke surau untuk menjemput jemaah surau bertandang ke rumah ku untuk majlis ini. Aku ingat kan tak ramai. Rupa-rupanya ramai gila. Penuh satu rumah aku serta khemah dihadapan rumah aku tu. Apabila selesai doa selamat diadakan lalu tiba giliran untuk makan pula. Lauk semuanya memang terbaik.

-Daging Salai Masak Lemak
-Sambal Udang Petai
-Ayam Masak Kicap
-Sayur Campur
-Ulam dan Sambal Belacan

Banyak gila kan? tapi bayangkan laa. Lauk semuanya tu habis. Ramai tak ramai yang datang. Bonda masak untuk 300 orang punya makan. Nasib baik laa lauk semua cukup untuk tetamu yang hadir.

Apabila selesai majlis itu. Tiba acara penutup. Acara penutup ni agak berat dan meletihkan jugak. Huhu!! apa lagi, kemas laa weyh!! nak kena sapu lantai, mop lantai dan letak balik barang-barang yang telah dialihkan. Memang meletihkan. Akhirnya, semuanya telah siap dikemas. Alhamdullillah syukur, majlis ini telah selesai dengan lancarnya.

Majlis ini diadakan sempena meraikan bonda tercinta yang bakal mengerjakan Haji tidak lama lagi dan tanda bersyukur dari keluarga aku kerana aku diterima masuk belajar pada bulan November kelak.

Akhir sekali, Saya mewakili keluarga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada adik-beradik bonda saya, Sepupu-sepupu saya, jiran-jiran saya, rakan-rakan bonda saya, jemaah surau serta rakan-rakan saya yang hadir pada majlis itu. Rakan baik ku hanya seorang sahaja yang dapat hadir iaitu Amir Zakwan. Dia mewakili rakan-rakan baikku yang lain kerana mereka semua sedang perah otak untuk peperiksaan yang akan datang. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. :))

"Family mean too much. Friends are too valuable, and life is too short. To put off sharing with people, How much they really mean to you and pursuing whatever it is that make you happy"
-D.H Lawrence

0 comments:

Post a Comment