Monday, October 4, 2010

Fana and Mye Openhouse

Boom!! sampai-sampai je rumah Mye. Aku nak masuk laa. Ape nya, Rupa-rupanya ada doa selamat. Siot betul budak Mye nie. Kencing aku, kata semalam just openhouse je, tak ada buat apa-apa pun. Aku pun tunggu jee laa kat depan rumah dia. Tengok macam lambat lagi jee. Aku pun solat Zuhur dulu laa kat surau depan rumah dia. Lepas solat terus ke rumah Mye. Masuk mula-mula mesti lah salam tetamu-tetamu yang lain yang hadir ketika itu lalu aku terus ke dapur. Tak manis laa kalau datang untuk makan dan minum jee. Mesti laa kena tolong sikit-sikit kan. Aku pun tolong laa kerana memandangkan ketika itu mereka kekurangan ahli di dapur. Tapi yang best nya kat dapur nie bila buat Cocktails. Kalau buat Cocktails, aku laa orang yang pertama yang merasai sebelum cocktails itu dibawa keluar untuk dijamu oleh para tetamu. Ramai tetamu yang hadir terdiri nya daripada kawan-kawan papa dan mama, kawan-kawan Fana dan Mye.

Haha!! baru lah bermula kisah aku di rumah mereka nie. Aku yang berbaju melayu serba putih lengkap cuma tak ada songkok sahaja. Kalau ada memang terbaik. Ahaks!! Diaorang semua cakap aku nie macam baru lepas akad nikah. Hahaha!! Tahu laa aku dah tak ada siapa-siapa lagi kan? Jangan laa macam tuu. Hehe!! Tak laa. Aku okay jee. Benda happy kan? Chill laa.

Masing-masing ada pasangan masing-masing. Wahh!! Jealous aku dibuatnya tapi nak buat macam mana. Last 2 years memang ada but now I'm single babeh!! huhu!! Yeah!! The world is mine. Masa tetamu sedang menikmati juadah yang disediakan. Aku lepak kat dapur dengan ahli-ahli dapur. Diaorang nak snap gambar laa apa laa, macam-macam diaorang nie. Aku ikut jee laa. Then, lepak kat depan rumah pulak. Pun sama, snap gambar lagi. hehe!! Raja sehari laa katakan. Tapi isteri tak ada. haha!! ngok betul.

Ada ke patut diaorang cakap aku dah kurus. Aku rasa tak kot. Tak kurus pun laa korang. Biasa jee aku tengok diri aku nie. Maybe dah lama tak jumpa kot, tuu yang rasa lain jee kan. Mereka berkata perubahan keatas diriku amat ketara apabila mereka melihat rambut ku yang panjang serta berjambang. Seolah-olah tidak seperti budak yang berumur 18 tahun. Dah macam orang yang berumur 25 tahun ke atas.

Apabila senja tiba, kita orang pun kemas-kemas laa untuk meringankan beban tuan rumah. Ada yang basuh periuk kuali. Ada yang tukang lap. Ada yang tukang sapu. Ada yang tukang angkat lauk dan banyak lagi laa. Bukan selalu dapat bersama macam nie betul tak? Dah siap kemas semuanya lalu rehat di ruang tamu sambil berborak-borak bersama papa,mama dan rakan-rakan yang lain. Tengah borak-borak nie, Teh Panas pulak sampai. Pehh!! layan siot. Then, tak berapa lama kemudian aku pun pulang ke rumah ku.

Serba sedikit gambar yang sempat diambil ketika majlis itu.

Akad Nikah Ariel

Family Potrait

1,2,3 Smile!!


Terima Kasih Korang Berdua

Family Potrait
Rosdi (menantu), Fana (Anak Sulung), Ariel (Papa a.k.a Duda anak tiga), Aiman (Anak Bongsu), Mye (Anak Kedua), Hafizul (menantu)

P/S : Aku ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap kata, bergurau kasar dengan korang semua. Maafkan lah insan yang tak berapa hina ini. Sesungguhnya Rasullullah juga ampun umatnya. Inikan pula kita sesama manusia. lastly, Love u all because still remember as your friend.

0 comments:

Post a Comment