Friday, December 31, 2010

20 Fakta Menarik Tentang Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”.

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah..

Wallahualam.

Sunday, December 26, 2010

Cinta, siapa yang tak ingin bercinta? Anda semua ingin bukan?

Cinta sudah menjadi fitrah manusia, yang lahir sejak azali. Dimana ada manusia, di situlah ada cinta. Cinta ada di mana-mana. Tidak kira lah samada cinta di kalangan keluarga, teman-teman, mahupun cinta kepada pasangan masing-masing. Kebanyakan pasangan yang bercinta pastinya bermula dari perkenalan sesama sendiri bukan? Bak kata pepatah.. “Tak kenal maka tak cinta”. Sememangnya cinta itu hadir tanpa kita sedari. Tetapi kita dapat membaca samada seseorang itu sedang dilamun cinta atau tidak. Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu :-

1. Memberikan lebih perhatian.

2. Meluangkan masa untuk kamu.

3. Menerima kamu apa adanya.

4. Lebih romantis terhadap kamu.

5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.

6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.

7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.

8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.

9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.

10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu.

“Kenapa kamu sayang saya?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu.

P/S : JANGAN KERANA CINTA KAMU AKAN BINASA. CINTA ADALAH MULIA DAN BERSIH. JANGAN BIARKAN CINTA DI NODAI OLEH HASUTAN NAFSU!!

Jenis-jenis Syurga dan Neraka

Sekadar menambahkan ilmu yang sememangnya tidak pernah kita ketahui.

Tingkat dan nama-nama syurga ialah :-

1. Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Daarul Muaqaamah
7. Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi

Sedangkan tingkat dan nama-nama neraka adalah :-

1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah


4 jenis perempuan yang berada di neraka ialah:

1. Perempuan yang kotor mulutnya terhadap suaminya; Suaminya tiada dirumah ia tidak menjaga dirinya dan jika suaminya bersamanya ia mengherdiknya.

2. Perempuan yang memaksa suaminya untuk memberi apa yang di luar kemampuan si suami.

3. Perempuan yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minum dan tidur, dan ia enggan berbakti kepada Allah swt. dan enggan berbakti kepada suaminya (seorang isteri yang bersifat begini akan dilaknati Allah swt. kecuali bertaubat).

4. Wanita yang tidak menutupi dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasannya dan memperlihatkan kecantikannya untuk menarik kaum lelaki. Apa gunanya wajah yang tampan atau cantik rupawan dan tubuh badan yang kuat seandainya solat lima waktu tidak dapat dijaga. Fikir-fikirkanlah

Saturday, December 11, 2010

I'm So Sorry

Saya minta ampun dan maaf kerana lama tidak update blog saya yang sedemikian kerana saya sibuk dengan kemasukan diri saya ini di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Saya mengambil jurusan Diploma Pengurusan Hotel dan Katering di sini. Saya agak sibuk ketika berada di sini. Harap ampun dan maafkan lah insan ini. Harap maklum.