Sunday, December 26, 2010

Cinta, siapa yang tak ingin bercinta? Anda semua ingin bukan?

Cinta sudah menjadi fitrah manusia, yang lahir sejak azali. Dimana ada manusia, di situlah ada cinta. Cinta ada di mana-mana. Tidak kira lah samada cinta di kalangan keluarga, teman-teman, mahupun cinta kepada pasangan masing-masing. Kebanyakan pasangan yang bercinta pastinya bermula dari perkenalan sesama sendiri bukan? Bak kata pepatah.. “Tak kenal maka tak cinta”. Sememangnya cinta itu hadir tanpa kita sedari. Tetapi kita dapat membaca samada seseorang itu sedang dilamun cinta atau tidak. Kepada kamu yang bergelar gadis, tahukah kamu bagaimana caranya untuk mengetahui seseorang jejaka itu sedang jatuh cinta pada kamu atau tidak?

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu :-

1. Memberikan lebih perhatian.

2. Meluangkan masa untuk kamu.

3. Menerima kamu apa adanya.

4. Lebih romantis terhadap kamu.

5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.

6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.

7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.

8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.

9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.

10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu.

“Kenapa kamu sayang saya?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu.

P/S : JANGAN KERANA CINTA KAMU AKAN BINASA. CINTA ADALAH MULIA DAN BERSIH. JANGAN BIARKAN CINTA DI NODAI OLEH HASUTAN NAFSU!!

0 comments:

Post a Comment