Wednesday, November 24, 2010

Selamat Pulang Bonda

Pada pagi 23-Nov-2010, pukul 4 a.m. Aku telah mendapat satu mesej dari satu nombor yang agak panjang. Rupanya nombor dari Arab Saudi. Bonda tercinta telah menghantar mesej menyatakan bahawa beliau akan tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tepat pukul 12 p.m dan bukan pukul 7 a.m seperti yang dinyatakan dalam surat tempoh hari.

Aku pun memberitahu abang aku dan dia pun telah mendapat mesej tersebut dari bonda tercinta. Aku pun tidur seperti biasa. Aku bangun pukul 9.30 a.m dan terus mandi serta siap untuk pergi ke KLIA untuk menunggu ketibaan bonda.

Tepat pada pukul 2 p.m. Bayang-bayang bonda telah aku nampak lalu aku terus memanggilnya 'EMAK!!! EMAK!!!' Bonda tercinta telah nampak aku yang sedang memanggilnya. Bonda lalu menolak bagasinya ke arah aku. Apabila sampai sahaja bonda dihadapan aku. Aku terus memeluk serta ciuman kasih sayang ku terhadapnya setelah 15 hari meninggalkan aku dan abang ku bersendirian di rumah. Lalu, aku menitiskan air mata ku satu per satu kerana aku tidak dapat lagi menahan sebak dan rindu ku kepada bonda tercinta.

Alhamdullillah, Bonda bercerita yang beliau sihat ketika berada di Tanah Suci cuma batuk dan selsema akibat perubahan cuaca. Semuanya berjalan dengan lancar ketika beliau disana. Aku bersyukur kerana bonda selamat pergi dan selamat tiba kembali di Malaysia. Semasa perjalanan pulang ke rumah, bonda menceritakan suasana ketika beliau berada di sana. Bonda jumpa semua orang baik hitam, putih mahu pun coklat. Bonda melihat pelbagai ragam manusia ketika berada di sana. Ada yang baik dan ada yang buruk.

Apa yang aku kirimkan sebelum bonda berlepas ke Tanah Suci akhirnya tercapai. Bonda telah pun membelikan aku sepasang jubah. Satu berwarna putih dan satu lagi berwarna hitam. Abang ku juga mendapat sepasang jubah sama seperti aku. Aku teramat gembira sehingga tak terkata.

Alhamdullillah Syukur kepada Allah.

Sedikit gambar kenangan ketika bonda berada di Tanah Suci Mekah.

 Bonda dihadapan Kaabah.

 Ketika berwukuf di Arafah.

Bonda di Gua Hira. 

Shahril Ikhwam, Bonda, Shahrul Shairadzi

Ya Allah Ya Tuhan ku, Izinkan lah hamba mu ini menunaikan Rukun Islam yang ke-5 iaitu menunaikan haji. Insyaallah.

0 comments:

Post a Comment