Monday, January 31, 2011

Kita Sebenarnya

Kita sebenarnya...Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram.
Kita sebenarnya...Lebih tahu apa itu 14hb Februari daripada 12 Rabiulawal.
Kita sebenarnya...Lebih membesarkan hari Sabtudan Ahad daripada hari Jummat.
Kita sebenarnya...Lebih Khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan.
Kita sebenarnya...Lebih suka lepak,tidur,tengok TV daripada Sembahyang.
Kita sebenarnya...Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi kita.
Kita sebenarnya...Lebih suka menyebut Hello!..Hai! daripada Assalamualaikum.
Kita sebenarnya...Lebih suka menyanyi daripada berwirid,bertahmid.
Kita sebenarnya...Lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.
Kita sebenarnya...Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama.
Kita sebenarnya...Lebih suka ke konsert,karaoke daripada ceramah agama.
Kita sebenarnya...Lebih suka memaki, mengumpat orang daripada mengingati kebaikan orang.
Kita sebenarnya...Lebih suka mencarut apabila kita melatah daripada menyebut nama Allah.
Kita sebenarnya...Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan.
Kita sebenarnya...Lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita.
Kita sebenarnya...Lebih suka bersekokong dengan pemeritah yang melakukan kezaliman daripada pemerintah yang baik.
Kita sebenarnya...Lebih cintakan Duniawi daripada urusan Akhirat.

Tetapi bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan menjawab... Kita sebearnya...Lebih suka menuju ke syurga daripada ke neraka. Layakkah kita ke syurga milik Allah itu??? Sama-samalah kita renungkan kerana... "YANG ELOK ADALAH DARI ALLAH S.W.T. DAN TAK ELOK ADALAH HASIL DARI PERBUATAN DIRI SENDIRI".

0 comments:

Post a Comment