Thursday, March 24, 2011

Air Mata untuk Ayah

Ayah, lihatlah air mata adik. Air mata anakmu yang selalu mencintaimu. Ayah selalu kata sayang pada adik tetapi ayah tidak menjaga kesihatan, itu membuat ayah menjadi sakit, kenapa ayah?

Adik juga mencintai ayah, Adik tidak ingin ayah pergi. Jika adik menangis, siapa yang akan mengusap air mata adik? Jika adik rindu, siapa yang akan memeluk adik? Ayah tidak pernah menjawab setiap kali adik bertanya, ayah hanya tersenyum. Hati adik perih, ayah. Semua kenangan itu, senyuman itu selalu membuat berlinang air mata adik, tidak ada seorang pun yang dapat menghentikannya , kerana adik rindu pada ayah.

Ayah... Air mata ini untuk ayah.

'IDRIS B. AHMAD 1950-2007'

0 comments:

Post a Comment