Thursday, November 18, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang

Haha!! Seperti biasa. Aku kembali dengan kisah ku yang menarik kali ini. Pada 16-November yang lepas ialah majlis anugerah cemerlang sepupuku yang bernama Sharifah Ain Arrisya kerana dia telah mendapat anugerah cemerlang melalui peperiksaan UPSR tahun ini. Dia telah mendapat 4'A' 1'B' dalam peperiksaan tersebut.

Aku telah diberitahu oleh MakCik ku sebelum ini untuk mengambil gambar anaknya ketika menerima anugerah tersebut. Malam sebelum berlangsungnya anugerah itu, aku tersengaja tidur lewat. Haha!! Pukul 5.45 a.m baru aku tertidur dan kebetulannya aku teringat akan majlis tersebut. Oh!! masak aku ni. Dah laa tidur lewat, lepas itu nak bangun pagi lagi. Tapi Alhamdullillah, aku berjaya bangun dan tidak terlewat untuk ke sana.

Apabila sampai sahaja disana. Aku sungguh gembira melihat adik-adik kecil yang masih bersekolah bertempiaran ke sana ke mari. Ini membuatkan aku teringat pada zaman persekolahan aku. Hilang rasa letih aku ketika melihat mereka bermain sesama sendiri. Ketika menunggu sebelum majlis bermula, aku terserempak dengan guru ku yang mengajar aku ketika aku dibangku sekolah rendah. Ia lagi menguatkan ingatan aku ketika zaman persekolahan. Guru ku itu ialah Cikgu Suhaila dan Cikgu Kanaka.

Ketika Mereka Beratur

SK Seri Tasik

Aku pun menyapa guru ku itu. Pada mulanya mereka tidak mengenali diri ku ini. Setelah aku memperkenalkan diri ku ini, baru lah guru ku itu ingat semuanya. Cikgu Suhaila ini ingat kerana aku adalah pemain Bola Baling dibawah kendalian beliau. Yang membuat dia lebih ingat kerana aku adalah penjaga gol utama yang telah menyelamatkan beberapa percubaan pihak lawan ketika perlawanan akhir peringkat zon Bangsar yang telah melonjakkan nama sekolah aku sebagai juara pada suatu ketika dahulu.

Cikgu Suhaila ini baik orangnya. Walaupun dia banyak memarahi kami sepasukan kerana main macam apa entah. Kami mengambil kata-kata beliau bagi menaikkan semangat kami sepasukan pada ketika itu dan Alhamdulillah, sekolah aku berjaya menjulang piala itu buat kali pertamanya.

Cikgu Suhaila

Cikgu Kanaka pula ialah cikgu bahasa Inggeris aku tapi dia mengajar kelas aku tidak begitu lama kerana dia menyambung pelajaran di Canada. Walaupun sekejap dia mengajar aku, aku masih tidak lupa akan dia kerana dia lah yang telah memilih aku untuk menjadi Pengawas Pusat Sumber atau lebih dikenali sebagai Pustakawan. Aku cukup berbangga serta gembira pada masa itu. Dengan berkat doa guru-guru di sekolah rendah masa itu, aku berjaya memperolehi keputusan agak baik pada peperiksaan UPSR.

Walaupun setelah sekian lama aku meninggalkan zaman persekolahan. Tidak pernah sekali pun aku melupakan akan jasa guru-guru ku terhadap aku. Baik Melayu, Cina mahu pun India. Mereka telah menabur budi kepada aku. Mereka telah mendidik ramai anak bangsa kita yang telah berjaya di luar sana.

Ingatlah rakan-rakan ku, walaupun sejauh mana kita tinggal, Walaupun setinggi mana kita belajar, tanpa mereka, siapalah kita. Sematkan nama guru-guru yang telah mendidik kita didalam doa agar mereka dapat berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

Akhir sekali, Terima Kasih guru-guru ku. Jasa mu tidak dapat ku balas.

Gambar Kenangan.

Arrisya Dengan Sijilnya

Keluarga Sharifah

0 comments:

Post a Comment